Nuffnang Ads

Monday, 3 December 2012

DAP dakwa mahu kekalkan politik Melayu: Benarkah?

Meskipun DAP dikenali sebagai parti dominasi kaum Cina, namun parti itu memberi jaminan akan mengekalkan survival politik Melayu melalui Pakatan Rakyat (PR), jika pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13).
DAP memberi jaminan bahawa orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa di tanah sendiri, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap dalam konvensyen tahunan DAP Negeri Negeri 2012.
“Kita mahu menyakinkan orang-orang Melayu bahawa orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah sendiri. Cuma UMNO yang akan hilang kuasa dalam arena politik Malaysia. Orang Melayu masih boleh pegang kuasa dalam aturan politik baru yang dipepolori oleh PR,” katanya seperti dilapor Antarapos.
Beliau berkata, semua ahli parti perlu berganding bahu dan bekerja keras untuk menghapuskan Umno dan Barisan Nasional (BN) seterusnya mara menakluk Putrajaya.
“Ramalan yang terbaru menunjukkan BN masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi PR jika pilihan raya diadakan sekarang.
“Oleh kerana, pilihan raya masih belum dapat diadakan sekarang, kita masih ada masa lagi untuk melipatgandakan usaha kita untuk menggugat UMNO dan BN. Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari yang akan datang untuk menentang BN habis-habisan,” katanya.
Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa DAP hanya mementingkan agenda kaum Cina tetapi licik berselindung sebagai parti yang kononnya mendokong semua bangsa termasuk Melayu.
“Umumnya, cubaan (DAP) untuk memaparkan diri sebagai parti pelbagai kaum yang mahu membantu kaum Melayu, tidak lebih daripada helah politik.
“Mereka mendakwa kononnya mahu membantu Melayu di Pulau Pinang. Mana buktinya. Tidak ada.. kecuali memberikan beberapa ratus ringgit kepada mereka.
“Adakah mereka benar-benar mempunyai perancangan untuk membantu golongan miskin di Pulau Pinang yang merangkumi kaum Melayu dan India…(Tidak ada), yang ada hanya cakap kosong dan cakap kosong itu murah harganya. Hakikat ialah tidak ada perancangan sebegitu,” kata Tunku Aziz.
Dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 baru-baru ini, perwakilan Pas mencalonkan Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekaligusnya mengenepikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinobatkan PKR dan DAP sebelum ini.
Ustazah Izzah Masturah Binti Eshmaeel, Ahli Jawatankuasa Ulamak Pelapis PAS (Pusat) mendedahkan usul mencalonkan Anwar sebagai PM yang diwar-warkan sebelum ini tidak muktmad.
“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sebenarnya belum ada satu ketetapan rasmi yang diambil oleh PR berhubung isu ini. Ini bermakna kenyataan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri akan datang yang digembar-gemburkan selama ini hanyalah pandangan peribadi yang dilantunkan oleh DAP, KEADILAN dan turut juga disambut oleh beberapa pimpinan PAS.
“Akhirnya pandangan yang pada asalnya bersifat peribadi dan bukannya hasil keputusan rasmi PR telah berubah menjadi seakan-akan satu pegangan muktamad bagi PR sehingga masyarakat Malaysia secara umum turut terkeliru dan turut berkeyakinan bahawa isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri adalah hasil kesepakatan seluruh kepimpinan tertinggi PR,” dedahnya dalam laman ulamak.pas.org.my.
Namun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan pencalonan Abdul Hadi sebagai PM, malah menurutnya PR sebelum ini secara konsesus telah bersetuju Anwar sebagai PM.
“Saya rasa PR telah membuat kata sepakat sebelum ini bahawa sekiranya Pakatan menang pada pilihan raya kali ini, bakal Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Setakat ini tidak ada permintaan atau perubahan dan pendirian DAP masih sama seperti dulu iaitu calon PM adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Ketegasan DAP yang mahukan Anwar sebagai PM konsisten sejak dari awal Januari lalu, di mana Guan Eng pernah berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak selain Anwar kerana Ketua Pembangkang itu dianggapnya calon yang paling bersih.
“Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kesungguhan DAP mempertahankan Anwar kerana parti itu yakin boleh memperalatkan Ketua Umum PKR itu seperti mana yang pernah dilakukan DAP dalam membonekakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar di Perak.
“DAP sahaja, pemimpin dia, tidak ada yang Melayu..Dia nak sokongan Melayu, jadi dia nak Anwar konon nak jadi Perdana Menteri.
““Tapi jadi macam di Perak, bila Nizar jadi Menteri Besar, dia (Nizar) duduk di bawah telunjuk DAP.
“Sebab itu, dia bagi tanah, tak pernah (terfikir)..kita dah tentukan dasar, tanah tak boleh bagi lebih daripada 99 tahun. Dia (Nizar) bagi sampai kiamat,” katanya.

Mai Pikiaq Pi: Paling bersih ker Anwar atau yang paling bermasalah?......

No comments:

Post a Comment