Nuffnang Ads

Monday, 10 December 2012

Tolak Beli Tanah Taman Manggis, Bukti DAP Khianat Rakyat Miskin


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menggagalkan usaha pembelian tanah Taman Manggis yang mahu dibeli oleh Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan rumah kos rendah dilihat sebagai satu helah politik bagi memperlihatkan kegagalan Pemuda BN dalam isu tersebut.
Sedangkan pada hakikatnya, menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, Pemuda BN telah pun menyediakan wang sebanyak RM22 juta untuk membeli tanah tersebut tanpa sebarang dolak-dalih.
“Kita sudah agak dari awal-awal lagi, kerajaan negeri memang main wayang dalam isu tanah Taman Manggis ni. Sejak awal lagi, bila mereka letak syarat-syarat yang tak munasabah, kita tahu mereka ada muslihat.
“Hari ini terbuktilah, mereka sengaja gagalkan urusan pembelian ini. Macam mana kita nak setuju beli kalau kerajaan negeri tak nak keluarkan perjanjian jual beli untuk tanah tersebut. Sudahlah bagi tempoh sebulan untuk menjelaskan pembayaran, sekarang ni tak mahu keluarkan dokumen perjanjian jual beli pula. Jadi bagaimana Pemuda BN nak teruskan pembelian tanah itu?” jelasnya di sini hari ini.
Tambahnya, tindakan kerajaan negeri dalam isu tanah Taman Manggis ini jelas memperlihatkan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang mesra rakyat miskin, bahkan sebenarnya langsung tidak mempedulikan hal ehwal rakyat dari golongan itu.
“Seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang tahu, bahawa kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP adalah sebuah kerajaan yang hanya mesra pemaju, bukannya rakyat. Mereka tidak ikhlas untuk membela rakyat, terutama rakyat golongan miskin.
“Apa yang mereka tahu, hanyalah untuk membina rumah-rumah mewah yang harganya ratusan ribu, bahkan ada yang mencecah jutaan ringgit. Rumah-rumah itu pula dijual kepada orang luar, bukannya untuk rakyat di negeri ini. Itulah dasar dan prinsip yang menjadi keutamaan Kerajaan DAP di Pulau Pinang  hari ini,” ujarnya lagi.
Beliau turut membidas kenyataan DAP bahawa kerajaan negeri sudah memperuntukkan RM500 juta untuk membina rumah kos rendah di negeri tersebut.
“Itu hanya gimik DAP. Buat pecah tanah dan sebagainya, sedangkan duit yang mereka umumkan itu pun belum dalam tangan mereka. Duit itu adalah hasil daripada penjualan tanah di Bayan Mutiara dan sehingga ke hari ini, duit tersebut masih lagi belum dibayar oleh pembeli. Belum dapat duit, mereka dah umum macam-macam untuk menangi hati rakyat, terutama bila sudah dekat dengan PRU.
“Bahkan kenyataan mereka yang mendakwa sudah membina rumah-rumah kos rendah juga hanya satu pembohongan. Hakikatnya kerajaan negeri hanya meneruskan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang telah diusahakan oleh BN sebelum ini.
“Mereka hanya menumpang nama atas hasil usaha BN sebelum ini, sedangkan hakikatnya sebuah rumah kos rendah pun belum mereka bina. Dan mereka tidak peduli tentang hal itu. Yang mereka utamakan adalah rumah-rumah mewah dan mereka sebenarnya langsung tidak mempedulikan nasib rakyat miskin di negeri ini,” akhiri beliau. 
Mai Pikiaq Pi: Kerajaan DAP hanya mengharapkan Melayu tiada apa-apa lagi hak di Pulau Pinang.. Kita dapat lihat sekarang, banyak tanah-tanah milik Melayu telah tergadai... 

No comments:

Post a Comment