Nuffnang Ads

Wednesday, 5 December 2012

Perlombongan Pasir Haram Punca Utama Banjir Di Selangor


Perlombongan pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak kebelakangan ini, dakwa Ahli Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.
“Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua sedia maklum bahawa ia berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.
“Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Bernama hari ini.
Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan Kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.
Menurutnya, kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang.
“Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh,” jelasnya.
Mai Pikiaq Pi: Banyak pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan PR di Selangor demi survival politik mereka...

No comments:

Post a Comment