Nuffnang Ads

Monday 10 December 2012

DAP: Saman ‘khalwat’ di Kelantan boleh jejas hubungan PR


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera isu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh ke atas empat orang bukan Islam baru-baru ini.
Beliau berkata, kegagalan Kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan isu itu boleh menjejaskan mesej pakatan pembangkang dalam menghormati kebebasan beragama di negara ini selain berupaya merosakkan kerjasama yang wujud dalam pakatan pembangkang.
“DAP mengambil berat laporan empat individu bukan Islam di Kota Bharu disaman pegawai penguatkuasa perbandaran bagi kelakuan sumbang.
“Walaupun saman untuk “kelakuan sumbang”, tetapi musuh politik telah 'menggunakan’ ia sebagai kes khalwat yang cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam. Ini boleh melemahkan mesej pakatan pembangkang dalam menghormati kebebasan agama dan kerosakan kerjasama sedia ada dalam pakatan pembangkang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng seterusnya mendakwa, beliau telah menyatakan kebimbangan DAP mengenai isu berkenaan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut.
“Saya memberitahu beliau (Mustafa) tentang keperluan untuk melihat perkara ini secara serius untuk memastikan hubungan yang kukuh dalam pakatan pembangkang.
“Saya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong untuk berkomunikasi dengan kepimpinan PAS mengenai isu berkaitan dakwaan orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam,” dakwanya lagi.
Media hari ini melaporkan dua pasangan kekasih bukan Islam ditangkap khalwat oleh pegawai penguat kuasa MPKB.
Ketua Pemuda MCA Negeri, Gan Han Chuan dipetik berkata, kes itu pertama kali berlaku apabila pasangan bukan Islam dikenakan tindakan yang sepatutnya dikhususkan kepada orang Islam.
Beliau juga mendakwa pegawai penguat kuasa berkenaan hilang kewarasan dan cuba melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam.
“Ini adalah pertama dalam sejarah apabila orang bukan Islam telah disaman kerana berkhalwat. Ia adalah luar biasa! Apa yang mereka lakukan dengan undang-undang mereka kini menjejaskan kehidupan walaupun orang bukan Islam,” kata Gan seperti dilaporkan.
Mai Pikiaq Pi: Bagi MPP kelakuan tidak senonoh tetap tidak elok bagi manusia yang bertamadun... Semua agama melarang penganutnya berkelakuan tidak senonoh! 

No comments:

Post a Comment