Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menyelar DAP kerana menyifatkan kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam sektor awam.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, DAP sebenarnya menghina dan memperlekehkan kakitangan awam atau sengaja mahu menjadikan kakitangan awam sebagai musuh mereka.
“Ini kerana tahun lepas seorang pemimpin kanan DAP berkata, DAP akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang Melayu. Kelmarin seorang pemimpin DAP pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang Melayu. DAP telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. DAP sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah.
“GAPS berpendapat DAP memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti Melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India – rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Rasulullah pernah mengingatkan ‘setiap umat punya cabaran dan dugaan bagi umatku ialah harta’. Harta adalah penyebab rasuah. Rasulullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP sekadar ingin menebalkan semangat kiasu dan chauvinist dalam perjuangan mereka ke puncak kuasa.
“Pas sebagai rakan kongsi DAP dalam pakatan wajar mentarbiyyah pemimpin-pemimpin DAP berdasarkan hadis Rasulullah ini. GAPS bersetuju rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis.
“Rasuah timbul bila ada pemberi dan penerima. Yang memberi biasanya adalah golongan saudagar, peniaga atau mereka yang berada. DAP wajar menjalankan kempen agar golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Mereka adalah punca rasuah,” ujarnya lagi.
GAPS berpandangan majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna.
“Menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa mereka," katanya.
Mai Pikiaq Pi: Kalau macam tue DAP pula bangsa penipu... Kerana ramai kalangan mereka terlibat dengan perniagaan....
No comments:
Post a Comment