Nuffnang Ads

Tuesday, 18 December 2012

Ezam: Ada Rahsia Karpal Sokong Anwar Jadi PM



Senator Ezam Mohd Nor berkata, ada rahsia kenapakah DAP khususnya Pengerusinya, Karpal Singh bermati-matian menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, meskipun diragui oleh rakan sekutunya, PAS.
“Karpal pernah kata di Dewan Rakyat sekitar 1997/98 (bukti hansard) bahawa Anwar seorang homoseksual dan tidak bermoral. Dalam masa sama, Karpal dalam ceramah DAP di Hotel Federal Kuala Lumpur kata ada bukti Anwar lakukan sodomy terhadap Azizan (Abu Bakar- bekas pemandu Anwar),” katanya dalam sidang media di Dewan Negara, Isnin, 17 Disember.
Menurut Ezam, walaupun pemimpin DAP itu berusaha untuk memutarbelitkan fakta dengan mendakwa Anwar sudah dibersihkan di mahkamah, namun rekod keputusan Mahkamah Persekutuan 2004 tidak pernah dicabar Anwar.
“Tetapi perlu diingat, dalam kes Anwar lawan Azizan, hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad telah membuat kenyataan berikut: “Mahkamah mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan ia berlaku di Tivoli Villas”.
Lantas Ezam bertanya kepada Karpal, apakah Karpal sekarang berpendapat seorang homoseksual boleh jadi PM?
“Jelas Karpal juga seorang ahli politik tidak ada moral dan prinsip seperti Anwar. Mereka lakukan semua kerana politik semata-mata.”
Menurut Ezam matlamat DAP menyokong Anwar semata-mata untuk memperkudakan Anwar meskipun tahu Ketua Pembangkang itu bermasalah daripada segi moral.
Mai Pikiaq Pi: Anwar hanya kambing hitam DAP untuk mencapai hasrat politik mereka....

No comments:

Post a Comment