Mendoakan kehancuran atau kemusnahan pihak lain khususnya parti lawan tidak pernah menjadi amalan dalam UMNO biarpun parti ini sering dilabel dengan pelbagai perkara negatif atau yang bertentangan dengan apa yang dilakukan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaakob.
Katanya, biarpun parti lawan mendokan kehancuran dan sesuatu yang buruk kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetapi ia tidak pernah dibalas dengan perkara yang sama.
“Bukan hanya baru-baru ini setelah UMNO didoakan dengan kehancuran malah sejak dari Presiden parti yang pertama hinggalah ke hari ini, mana-mana pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak pernah mendoakan yang buruk untuk orang lain,” katanya kepada UMNO-Online.
Baru-baru ini, solat hajat dan doa Pas dibuat dengan memohon kehancuran UMNO dan BN pada majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas ke-58, yang mengejutkan banyak pihak.
“Biarpun mereka mendoakan kita sedemikian tetapi para pemimpin UMNO tidak pernah melaksanakan doa sedemikian biarpun dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru saja berakhir pada Sabtu lalu malah ini bukan amalan kita sebaliknya pemimpin tertinggi parti serta ahli-ahli UMNO sentiasa mendoakan perkara-perkara yang baik.
“UMNO tidak pernah mengharapkan kelemahan pada pihak lain apatah lagi untuk kehancuran sesama masyarakat kerana sebagai kerajaan bertanggungjawab bersama-sama BN, tentunya kesejahteraan dan keselesaan keseluruhan rakyat menjadi keutamaan biarpun idealogi politik berbeza.”
Beliau yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia berkata, biarpun cara dan pendekatan yang dilakukan oleh parti Pas berlainan dengan apa yang dilaksanakan oleh UMNO tetapi UMNO/BN tidak akan sesekali terikut-ikut dengan tindakan sedemikian.
“UMNO sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan sedia berkhidmat kepada rakyat keseluruhan tanpa terikut-ikut dengan apa yang dilaksanakan oleh Pas.
“Tindakan UMNO adalah mendoakan keseluruhan umat Islam agar sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan memperkukuhkan parti tanpa perlu bergantung kepada kelemahan orang lain apatah lagi untuk mengharapkan kehancuran,” katanya.
Mai Pikiaq Pi: Pas tidak menunjukkan parti yang memperjuangkan syariat Islam apabila mendoakan kehancuran umat Islam yg lain....
No comments:
Post a Comment