Nuffnang Ads

Wednesday, 5 December 2012

DAP takut hilang kuasa di Pulau Pinang


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa semua ‘program emas’ pakatan pembangkang, termasuk bantuan sekolah, akan terhapus jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai negeri ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana selama ini Kerajaan Persekutuan yang ditabdir BN banyak menyalur peruntukan untuk pelbagai program di negeri ini, termasuk membabitkan pendidikan.
“Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak RM3.8 bilion bagi tujuan pendidikan di seluruh negara tidak terkecuali Pulau Pinang, peruntukan itu tidak termasuk bantuan untuk menaik taraf sekolah.
“Saya nak tanya juga kepada Ketua Menteri, apa bentuk bantuan yang dia bagi untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah  Agama Rakyat (SAR)dan Sekolah Mubaligh,” katanya di sini, Isnin.
Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang memberi amaran kepada anggota parti DAP jika BN kembali berkuasa di Pulau Pinang, UMNO akan memastikan semua program emas untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah, tidak ada lagi.
Lim dilapor membuat kenyataan itu dalam ucapannya ketika merasmikan konvensyen DAP semalam.
“Saya juga nak tahu di mana tanah yang diberikan untuk membina SJKC dan SJKT, setiap tahun Kementerian Pelajaran menerima sejumlah peruntukan yang tinggi dan diberikan secara adil untuk semua sekolah di seluruh negara,” katanya.
Terdahulu, Mohd Puad merasmikan program ‘Kembali ke Sekolah 2012′ serta menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada 400 pelajar dari 19 sekolah di bawah program ‘Intel Involved Matching Grant’ (IIMGP) dan empat badan amal.
Selain itu, sebanyak 100 unit komputer riba terpakai juga diberi kepada sekolah dan badan amal terpilih untuk kegunaan pembelajaran serta pengajaran guru dan pelajar.
Mai Pikiaq Pi: DAP sudah takut kehilangan kerusi PRU13....

No comments:

Post a Comment