Tiga tawaran mega peringkat Pusat dan enam peringkat negeri yang diumumkan Pakatan Rakyat (PR) bagi rakyat Pahang sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak munasabah dan boleh menghancurkan masa depan negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, rakyat seharusnya bijak menilai dan jangan mudah terpengaruh dengan tawaran pakatan pembangkang yang sentiasa menabur pelbagai janji.

“Sejak dahulu lagi pembangkang hanya tahu menabur janji bagi mengelirukan rakyat.
“Antara tawaran yang dijanjikan sekiranya mereka dapat memerintah Pahang ialah menyediakan lot-lot rumah untuk rakyat dan menyelesaikan permohonan tanah yang sudah sekian lama dalam permohonan.
“Apa yang dijanjikan itu sebenarnya telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.
Antara tawaran tiga tawaran mega peringkat pusat yang dibuat ialah Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda, memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi dan memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.
Tawaran berkenaan diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks Pas Pahang, Kerdau, Termerloh, awal minggu ini.

Mai Pikiaq Pi: Jangan percaya tawaran mega tersebut.. manifesto lepas pun masih tidak ditunaikan....
No comments:
Post a Comment