Nuffnang Ads

Friday 14 December 2012

Isu Salun Rambut: Akhirnya Kerajaan Kelantan Tunduk…


Undi punya pasal segalanya boleh berubah. Begitulah halnya dengan isu syarat lesen rambut salun bukan Islam apabila penggunting wanita tidak dibenarkan gunting rambut lelaki.
Berikutan kontroversi sebuah kedai gunting rambut di Kota Bharu dakwa disaman 11 kali sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam gunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan Rabu sudah buat keputusan 'korner baring'.
Berkuat kuasa serta-merta penguatkuasaan syarat itu ditangguhkan ‘sementara kajian dan penilaian dibuat’.
Hal itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan dalam sidang akhbar sejurus mesyuarat Exco.
Baru-baru ini, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan tegas berkata kerajaan negeri tetap dengan pendirian bahawa orang bukan Islam terikat dengan perundangan Islam selagi mana mereka menetap di negeri itu.
Katanya, peruntukan itu dibuat berdasarkan peruntukan perlembagaan selain hasrat kerajaan negeri untuk memantau aktiviti maksiat di negeri itu.
Kalangan masyarakat bukan Islam tetap mempertikaikan syarat berkenaan.
Antaranya DAP turut bersuara.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, walaupun undang-undang kecil itu telah digunapakai kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu, namun gesaan itu bertujuan mengelakkan persepsi negatif tentang undang-undang Islam itu yang turut didakwa menekan golongan bukan Islam.
“Pihak DAP minta PAS mengkaji semula undang-undang kecil itu kerana kita tidak mahu memberikan satu persepsi kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang Islam itu terpakai kepada orang bukan Islam.
Manakala Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hoo Pang Chow berkata, sokongan orang Cina kepada PAS akan terjejas jika isu berkenaan tidak diselesaikan.
Beliau mahu Kerajaan PAS Kelantan mendengar pandangan majoriti masyarakat bukan Islam dalam menangani isu kontroversi ini.
Sebenarnya syarat berkenaan ke atas salun sudah ada sejak pemerintahan PAS di Kelantan pada tahun 1992.
Namun sejak itu ia tidak menjadi isu.
Sekarang ini sudah dekat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Jadi faham-fahamlah bagaimana PAS tiba-tiba jadi gabra bila ada seorang pemilik salun yang bising mengenainya.
Kalangan pemerhati politik menilai isu ini kecil sahaja tetapi ia dapat menggambarkan bagaimana PAS boleh ubah ikut selera politik semata-mata kerana amat takut kehilangan undi Cina.
Lojik akal kata nak kaji dan nilai apa lagi kerana syarat itu bukan sehari dua dikuat kuasa tetapi sudah 20 tahun.
Rupanya undi boleh buat jiwa kacau.
Mai Pikiaq Pi: Kalau pekara kecil begini boleh berubah…apa nak hairan daripada slogan ‘ Negara Islam’ beralih jadi ‘ Negara Berkebajikan’. Nampaknya maruah sudah tergadai di tangan DAP....

No comments:

Post a Comment