Nuffnang Ads

Wednesday 26 December 2012

Isu pingat: DAP calar sistem Raja Berperlembagaan

Polisi yang diamalkan oleh DAP di mana ahlinya dilarang daripada menerima sebarang gelaran atau anugerah dikhuatiri "menyanggah adat" dan tentunya tidak menghormati sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, kata Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Ketuanya, Masrum Dayat berkata, meskipun mungkin penolakan itu dibuat secara terhormat, ia nyata suatu polisi yang mencemarkan institusi ketua negeri dan Raja Berperlembagaan di negara ini.

"Jika polisi ini terus-menerus menjadi amalan mereka, di manakah hendak diletakkan air muka institusi Raja Berperlembagaan apabila gelaran-gelaran yang ditawarkan kepada mereka, lebih-lebih lagi ketika mereka dikatakan akan menghuni Putrajaya, mereka tolak?" ujarnya menerusi satu kenyataan media.

Masrum turut menggesa DAP untuk menilai semula sejauh mana polisi yang diperkenalkan parti itu masih relevan sehingga pada hari ini.

Apatah lagi katanya, DAP sebagai sebuah pertubuhan tertakluk di bawah akta-akta tertentu yang seharusnya dihormati dan dipatuhi.

"Saya bukan peguam, tetapi setahu saya terdapat peruntukan di dalam Akta Pertubuhan yang mengkehendaki setiap pertubuhan mematuhi Perlembagaan Persekutuan antaranya dengan menghormati sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.

"Apatah lagi jika pemberian itu adalah dalam bentuk gelaran kebesaran. Dalam konteks negara Malaysia, hanya ketua-ketua negeri, raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong sahaja yang menganugerahkan gelaran kebesaran kepada rakyat," ujar beliau.

Ahad lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mendedahkan adalah menjadi polisi DAP  untuk menolak semua anugerah kerajaan kecuali mereka yang diberi atas dasar keberanian atau apabila sudah bersara dari politik.

Karpal berkata, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim gagal “menyerahkan” anugerah mereka walaupun diminta melakukan sedemikian.

Koo Ham menerima anugerah "Datuk" pada 2008 sementara Chang Khim pada 2010 daripada Sultan Selangor.


Mai Pikiaq Pi: DAP buat polisi sendiri.. lebih baik tinggal di hutan....

No comments:

Post a Comment