Nuffnang Ads

Thursday, 6 December 2012

SPR YAKIN BN, PR PANGGIL PRU SERENTAK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan keyakinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan secara berasingan oleh kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, isu mengadakan pilihan raya berasingan juga tidak lagi dibangkitkan oleh PR seperti yang didengar sebelum ini.

Menurutnya, oleh kerana waktu semakin suntuk, tidak mungkin pembangkang akan meneruskan rancangan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di peringkat negeri.

Bagaimanapun beliau berkata, waktu yang semakin suntuk akan menyebabkan Parlimen terbubar dengan sendiri dan tarikh pilihan raya akan ditetapkan pada tahun depan.

"Masa pun sudah suntuk, tidak sempat lagi nak buat pilihan raya berasingan.

"Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada bulan Mac atau April nanti, jadi tarikh pilihan raya akan ditetapkan selepas itu.

"Tak timbul lagi sekarang isu nak buat pilihan raya berasingan, dia (PR) pun sudah batalkan rancangan kerana tahu akan pembaziran yang bakal dilakukan," katanya.

Menurut laporan semalam PR telah menyatakan isu menetapkan tarikh PRU13 berasingan tidak berbangkit lagi kerana masa semakin suntuk untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun kepimpinan PR mengakui cadangan dibuat Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim agar kedua-dua perikatan itu dan BN mengadakan perbincangan bagi menetapkan tarikh PRU13 serentak satu perkembangan baik demi memperkukuh sistem pilihan raya di Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, tarikh bagi PRU13 tidak menjadi perkara berbangkit lagi disebabkan faktor kekangan waktu.

Beliau berkata, jadi PR tidak memikirkan untuk mengadakan PRU13 secara berasingan jika Kerajaan Pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen lebih awal.




Mai Pikiaq Pi: Yang pasti PRU13 pada tahun depan...

No comments:

Post a Comment