“Tawaran Mega pembangkang kepada rakyat Pahang adalah satu tindakan desperado menjelang pilihan raya. Janji dan terus janji… Janji PRU 12 masih tak tertunai, kini buat janji baru.. manifesto pun dikatakan bukan janji… sekarang buat tawaran mega pula… nanti bila dah menang, tawaran mega ini juga akan dikatakan bukan janji”.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tawaran tersebut semasa program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang baru-baru ini.
Menurut Bung Moktar, apa yang terkandung di dalam tawaran tersebut semuanya telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) kecuali membawa Felda ke peringkat kelabu.
“BN telah buat semua yang mereka tawarkan. Felda juga telah diletakkan di peringkat yang terbaik. Orang Felda tiada masalah. Apa yang mereka buat ini hanyalah sebab PRU dah dekat. Mereka ini kemaruk kuasa. Bila kemaruk kuasa mula hilang akal dan buat janji kosong. Itulah kepandaian mereka.
“Sama macam Pas.. Bila hilang akal mereka sanggup doakan perkara tidak baik. Pakatan pembangkang sudah hilang hala tuju. Jadi, untuk mempengaruhi rakyat, mereka terus berjanji kosong.. Janji yang manis-manis belaka walaupun mereka sedar bahawa apa yang mereka tawarkan itu mustahil untuk di penuhi.
“Ini amat jelas berbeza dengan kita BN. Apa yang kita janjikan sentiasa ditepati. Janji kita adalah janji dikota… bukan retorik politik semata. Sudah-sudahla menabur janji manis. Rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan cakap mereka lagi,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini.
Anwar Ibrahim semasa program tersebut telah mengumumkan tiga tawaran mega peringkat pusat dan enam di peringkat negeri. Antara tawaran peringkat negeri adalah menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota polis dan tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.
Manakala antara tawaran peringkat pusat pula adalah menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun serta mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ia tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mai Pikiaq Pi: Manifesto lepas belum tertunai, inikan pula tawaran mega... memang tak boleh percaya!
No comments:
Post a Comment