Nuffnang Ads

Tuesday 11 December 2012

Sedar Undi Kaum India Penting, Pembangkang Cipta Fitnah Baru


“Saya amat berharap agar kaum India jangan terpengaruh dengan pembangkang yang terkenal dengan putar belitnya. Atas rasa tertekan kerana PRU sudah semakin hampir dan menyedari undi kaum India penting, maka mereka mula membuat fitnah baru kononnya seramai 300 ribu masyarakat India belum menjadi warganegara Malaysia. Mereka putar belit fakta untuk kepentingan diri semata- mata iaitu mencapai hasrat menawan Putrajaya,” ujar Datuk A. Chandrakumanan.
Beliau yang merupakan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan membidas dakwaan pembangkang kononnya terdapat 300 ribu masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia. Ujarnya, ini semua adalah agenda busuk pembangkang yang mahu meraih undi kaum India di Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tambah Chandarakumanan, kaum India tidak harus terpedaya dengan fitnah pembangkang ini kerana banyak contoh yang boleh dilihat dengan jelas bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya sama sekali.
“Lihatlah apa sudah jadi dengan Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Masa PRU lalu, pembangkang berjanji sekiranya mereka menang, selepas dua minggu tanah di kampung itu akan menjadi hak milik penduduk.
“Tetapi selepas menang, mereka cakap tak boleh buat apa-apa. Akhirnya kampung ini lenyap. Mereka telah menjadi kerajaan negeri dan mereka boleh ubah untuk menunaikan janji mereka tetapi mereka gagal. Sekiranya masalah Kampung Buah Pala pun mereka tidak boleh selesaikan, apatah lagi masalah warganegara ini.
“Kononnya nak uruskan dalam masa sebulan… Ini semua tipu… Kalau betul mereka ada maklumat 300 ribu orang ini, bagi pada kita… Kita boleh selesaikan. Sebab kita dah check (periksa), hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dengan diberi status kerakyatan… Apa lagi mereka nak temberang,” ulasnya.
Jelasnya, pembangkang sebenarnya mahu mempengaruhi kaum India kerana mereka mula sedar bahawa ramai kaum India telah kembali memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Atas rasa kebimbangan inilah maka pembangkang mula mencipta putar belit baru bagi meraih dan mengalih perhatian kaum India.
“Mereka juga bertujuan menghuru harakan kaum India agar negara ini menjadi kucar-kacir. Mereka ini sebenarnya tidak suka melihat negara kita aman dengan keharmonian kepelbagaian kaum. Seboleh-bolehnya mereka mahu melihat negara ini kucar-kacir dengan menfitnah Barisan Nasional (BN). Kemudian mereka akan mengambil kelebihan ini dengan memenuhi kehendak politik peribadi mereka.
“Kaum India jangan sesekali terpedaya dengan pembangkang…. Siapa yang mereka nak angkat naik… Anwar Ibrahim sedangkan Anwar yang dahulunya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tak buat apa-apa, sekarang hanya pandai bercakap. Orang seperti ini tidak boleh kita percaya. Mereka bukan nak bantu rakyat,” tambahnya lagi.
Mai Pikiaq Pi: Pembangkang sanggup lakukan apa sahaja demi capai cita-cita politiknya.... 

No comments:

Post a Comment