Nuffnang Ads

Wednesday 19 December 2012

DAP BUKAN UNTUK MELAYU - MUHYIDDIN

Orang Melayu dalam DAP diminta sedar pembabitan mereka hanya sia-sia kerana tidak diberi pengiktirafan oleh pihak kepimpinan parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menekankan tuduhan DAP mengaitkan orang Melayu sebagai paling korup kerana ramai penjawat awam dan mengatakan rasuah berpunca daripada monopoli orang Melayu menunjukkan parti itu cauvinis dan bersikap perkauman.

“DAP bukan untuk orang Melayu. DAP sejak dulu perjuangkan Malaysia Malaysian tetapi hakikatnya ia tidak seperti itu sehingga orang Melayu ditolak dalam proses pemilihan malah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sendiri mengakui kegagalan itu,” katanya selepas menghadiri taklimat Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC), di Bayu Permai, Plot A, Pengerang, semalam.

Menurutnya, meskipun DAP tidak mengaku apabila disebut sebagai parti perkauman, namun kenyataan dan tuduhan yang dibuat ternyata menunjukkan sikap dan siapa sebenar mereka.

“Saya rasa ini tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Ternyata benarlah bahawa DAP adalah parti cauvinis bila mereka kata orang Melayu paling korup sebab paling ramai penjawat awam," katanya yang juga Timbalan Presiden Umno.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi baru DAP, Dr. Ariffin SM Omar yang dianggapnya satu kejutan kerana disebut oleh seorang anak Melayu.

Katanya, kenyataan itu jelas menunjukkan Ariffin tidak tahu kedudukan sebenarnya dalam parti dan hilang identiti sehingga mengeluarkan kenyataan menyamai pemimpin tertinggi partinya.

Sementara itu, ketika ucapannya di Johor Bahru, Muhyiddin yakin hanya Barisan Nasional (BN) mampu membawa negara lebih cemerlang hasil sokongan padu rakyat.

Justeru, rakyat diminta terus memberi peluang kepada kerajaan sedia ada meneruskan usaha pembangunan yang kini membawa pelbagai pembaharuan dan kemajuan kepada negara.

“Saya akui kerajaan mana-mana pun tidak semua sempurna, ia sama juga seperti kehidupan berumahtangga. Walaupun ada masalah dalam keluarga, tetapi anak-anak tetap dapat sambung belajar dan mencapai kejayaan masing-masing.

“Samalah dengan kerajaan. Pokoknya kita (BN) tidak mahu membawa negara ke arah kehancuran macam negara-negara lain yang menanggung bebanan hutang seperti di Eropah,” katanya yang juga Pengerusi BN.

Beliau turut menyeru penjawat awam memainkan peranan dan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan dasar dan rancangan kerajaan serta memberi penjelasan sebenar mengenai isu semasa yang diputar belit pembangkang.

“Sekarang ini ‘kilang’ fitnah berjalan 24 jam untuk memburukkan kerajaan. Contohnya isu projek Rapid (Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) di Pengerang,” katanya.

Pada ucapan sama, Muhyiddin turut menyeru seluruh kakitangan perkhidmatan awam berganding bahu mencapai matlamat dan melaksanakan dasar yang ditetapkan kerajaan dalam usaha meningkatkan pembangunan negara.

“Penjawat awam merupakan komponen penting dalam menentukan wawasan dan perancangan sosioekonomi kita dapat mencapai matlamat ditetapkan,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Sayang sekali ada segelintir orang Melayu sanggup gadai diri demi kuasa.... 

No comments:

Post a Comment