Beliau berkata, masalah campur tangan politik sudah berlaku semenjak dahulu lagi dan agak sukar dibendung termasuk ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Campur tangan ini bermula dari zaman Anwar lagi, sebab itu dia dituduh di mahkamah pada 1998, kes dia buat laporan polis mengatakan dia difitnah, lepas itu dia arah anggota cawangan khas menangkap tiga orang,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan itu juga tiada kaitan dengan politik dan beliau sekali lagi menegaskan tidak akan sertai mana-mana parti politik.
“Saya membuat teguran secara terbuka mengenai perkara ini semenjak bertugas sebagai Ketua Polis Johor lagi. Kalau ada pihak nak politikkan tak betul. Saya cuma nak betulkan (keadaan), bukan suruh dipolitikkan,” katanya, semalam.
Menurutnya, apa diharapkan ialah dengan teguran itu dapat perbaiki kembali rasa hormat masyarakat terhadap polis.
Musa berkata, jika tindakan polis tidak adil dan tepat bagaimana masyarakat akan hormat serta percaya kepada mereka.
Ketika diminta mengulas kedudukan polis sekarang, beliau berkata, polis sekarang bertindak mengikut arahan ketua, oleh kerana itu, ketua dinasihatkan agar beri arahan yang betul.
Mai Pikiaq Pi: Masyarakat akan tetap memandang serong jika PDRM masih di takuk lama.. Hanya nila setitik, rosak susu sebelanga....
No comments:
Post a Comment