Nuffnang Ads

Tuesday, 18 December 2012

Keputusan CEC Bukti DAP Cauvinis, Dakwaan Bersifat Terbuka Hanya Umpan Tarik Undi


DAP telah terbukti sebagai sebuah parti politik yang bersifat perkauman tanpa memberi laluan dan membuka ruang kepada kaum lain khususnya bangsa Melayu, kata Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub.
Tegasnya, keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan di Pulau Pinang pada Kongres Kebangsaan Ke-16 DAP Sabtu lalu jelas membuktikan parti itu bersifat perkauman dan tidak terbuka.
“Keputusan itu membuktikan ia tidak dapat menerima orang Melayu sebagai pemimpin mereka iaitu DAP adalah parti untuk orang Cina.
“Kalau Nik Aziz sekalipun bertanding untuk jawatan CEC maka pasti akan kalah juga dan dakwaan pemimpin DAP kononnya parti itu bersikap terbuka dengan semua bangsa boleh menjadi pemimpin hanya umpan untuk menarik minat orang Melayu menjadi ahlinya sahaja,” katanya.
Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk dan ia sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Kekalahan lapan calon Melayu dalam pemilihan itu bukti sah yang orang Cina DAP tidak sanggup berpemimpinkan orang Melayu.”
Justeru, beliau menyeru kepada semua orang Melayu yang menjadi ahli DAP supaya dengan segera keluar dari parti itu dan bersatu dalam memberi sokongan kepada parti yang benar-benar sayangkan bangsa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu.
“Cukuplah menjadi alat kepada satu parti cauvinis yang tebal dengan semangat perkauman kerana hanya UMNO satu-satunya wadah perjuangan orang Melayu selain turut memelihara kepentingan bangsa lain.
“Rakyat juga tidak seharusnya memilih Pas atau PKR kerana kedua-dua parti itu hanya menjadi alat kepada DAP.”
Jelasnya, memilih Pas atau PKR adalah sama maknanya dengan memilih DAP.
“Rakyat tidak punya pilihan lain kalau benar-benar mahu meneruskan perjuangan politik untuk bangsa Melayu, Islam dan raja-raja Melayu melainkan menyertai UMNO,” tambahnya lagi.
Calon yang tersingkir dalam pemilihan CEC ini ialah Zairil yang cuma memperoleh 305 selain Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Mai Pikiaq Pi: DAP parti hakis kuasa MELAYU!  

No comments:

Post a Comment