Nuffnang Ads

Tuesday 18 December 2012

KERAJAAN TIDAK PERNAH PILIH KASIH

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat di negara ini.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan.
 
"Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tidak terdapat di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan Hari Raya dan sebagainya," katanya.
 
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2012 dan Penyampaian bantuan Persekolahan kepada 2,000 pelajar kawasan Parlimen Bera, di sini, hari ini, beliau berkata segala bantuan itu menunjukkan bahawa kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik.
 
"Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat," kata Anggota Parlimen Bera itu.

Bagi Parlimen Bera sahaja, Ismail Sabri berkata seramai 13,000 penduduk di kawasan itu telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
 
"Kerajaan juga akan mengagihkan bantuan kepada pelajar sekolah sebanyak RM100 dan Baucer buku kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM250 mulai bulan depan," katanya.
 
Beliau berkata, Kerajaan BN akan menepati segala janji yang dibuat semasa pilihan raya lepas.
 
"Segala janji dan bantuan, dilaksanakan kerajaan kepada rakyat dan rakyat perlu bijak menilai apa yang dilaksanakan Kerajaan BN selama ini," katanya.


Mai Pikiaq Pi: Bajet 2013 semua rakyat tidak mengira fahaman politik dan perkauman tetap memperolehnya.... 

No comments:

Post a Comment