Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mempertahankan bahawa pilihan raya dijalankan di negara ini selama ini "bersih", tetapi mengakui banyak komponen tidak lengkap seiring dengan kehendak dan keperluan semasa.
Sehubungan itu, Abdul Rashid yang terlibat dalam perjalanan SPR selaku setiausaha dan pengerusinya selama 27 tahun berkata, beliau sedia mencabar jika ada sesiapa yang mengatakan sistem pilihan raya negara ini kotor.
Beliau juga memberitahu bahawa sistem sedia ada yang dirangka lebih lima dekad lalu, lengkap ketika itu, tetapi tidak pada masa sekarang ekoran perubahan masa dan kehendak rakyat yang terdedah kepada perkembangan dunia.
"Pilihan raya kita bersih. Masalahnya elemen, komponen yang tidak ada dalam sistem itu, menyebabkan demokrasi dalam pilihan raya bukan satu demokrasi yang lengkap untuk masa sekarang.
"Dulu lengkap. Untuk waktu ini, tidak begitu lengkap sebab orang buat perbandingan dengan negara luar.
"Tapi apabila orang sudah sedar, (mereka mula bertanya) ini mengapa tak ada, ini kenapa tidak ada, itu yang menyebabkan kecoh. Tapi pilihan raya kita tetap bersih. Tidak perlu lihat ia secara serong. Mereka ini adalah kerajaan sah. Mereka ini berhak (untuk mengundi)," kata beliau yang bersara di akhir 2008.
Menjawab soalan sama ada sistem pilihan raya negara ini secara keseluruhan bersih, Abdul Rashid berkata, "bersih, jangan kata kotor."
"Saya nak cabar siapa yang kata pilihan raya kita kotor. Bersih berdasarkan undang-undang yang ada dan ia sempurna, kalau kita tidak fikir tentang benda lain.
"Kalau kita fikir benda lain yang tidak ada dalam undang-undang itu, tapi jangan sebut kotor. Ia tidak kotor. Ia bersih. Ia tidak lengkap sahaja. Tapi yang anda sebut tadi, itu hanya penambahbaikan sahaja," katanya.
Tambah beliau: "Macam contohnya, kita kata kaji undang-undang pendaftaran pemilih. Buat undang-undang lain."
Katanya, beliau sedia berkongsi jika pihak yang berminat untuk menggubal undang-undang baru.
"Kalau orang lain datang jumpa saya, senang saya beritahu. Saya boleh bagi undang-undang itu, kalau dia mahu.
"Tapi orang sekarang ini sombong. Mereka tak mahu orang macam saya ini, tak berapa pandai. Mereka mahu yang pandai-pandai lagi. Tak apalah. Kalau hendak saya berikan tip, saya boleh berikan semua. Tapi orang tak datang jumpa saya kerana mereka fikir, saya tidak pandai," katanya yang turut mencadangkan agar daftar pemilih disediakan setiap tiga tahun sekali apabila pilihan raya umum baru menjelang tiba.

Perkara yang sama pernah diketengahkan oleh beliau beberapa tahun sebelum bersara sebagai Pengerusi SPR.
"Jadi saya cadang begini. lebih baik kita daftar tiga tahun selepas pilihan raya, kita daftar semula. Tapi kita perlukan RM50 juta," katanya.
Bagi Abdul Rashid jumlah RM50 juta bukan satu kadar yang besar jika mahu menghilangkan kerisauan dan rasa sangsi dalam kalangan sesetengah pihak.

"Kacang sahaja bagi negara ini RM50 juta setahun, kita cakap soal bilion-bilion. Macam bancian, kita buat cara itu.
"Sebab itu saya kata, tiap-tiap tiga tahun selepas pilihan raya, supaya bilangan ini, orang yang tidak ada di situ, namanya ada tetapi tidak ada di situ, akan jadi minimum, paling kurang.
"Kalau dia pindah pun, orang masih kenal dia. Masalah sekarang ini, dia pindah, orang tak kenal dia. Sebab dia pindah, alamat dalam kad pengenalan dia, alamat rumah sewa. Sudah bertukar tangan dekat 50 orang mana orang nak kenal. Jadi ini masalah," katanya.
Jelas beliau, selagi keadaan macam ini berterusan, maka selagi itu dipertikaikan daftar pemilih.
"Dan parti-parti politik yang modal politiknya sikit, akan menggunakan isu pengundi hantu sebagai isu untuk meraih simpati dan yang tidak sedapnya, dia tuding jari kepada SPR," katanya.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan sebelum Jun depan. Awal tahun ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dibentuk susulan perhimpunan Bersih 2.0 Julai 2011 mengemukakan 22 perkara.
Mai Pikiaq Pi: Jangan pandai tuding jari ke arah orang lain sebab yang selebihnya 4 jari itu akan tuding balik ke arah kita...
No comments:
Post a Comment