Nuffnang Ads

Tuesday, 3 April 2012

Hasan tayang video pengakuan murtad



Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mendedahkan bukti berlakunya kegiatan memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan oleh beberapa pergerakan Kristian di negara ini.


Bukti menerusi rakaman video itu ditayangkan kepada media di kediamannya di sini dengan paparan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan sekitar 2002.


Rakaman video dengan tiga versi iaitu rakaman tanpa suntingan berdurasi sejam setengah serta rakaman dengan suntingan selama 16 minit dan 42 minit itu turut merekodkan pengakuan pasangan berkenaan menjalani upacara pembaptisan di sebuah pangsapuri di ibu negara.


Mai Pikiaq Pi: Isu murtad ini tak pernah selesai dari dulu hingga kini.. Ada saja umat Islam yang dimurtadkan oleh agama lain... Senang cerita la.. kalau iman di dada kurang, alamaknya termakan segala pujuk rayu di luar sana... Mai Pikiaq akan segera mendapatkan video rakaman yang dimaksudkan oleh Dr. Hasan Ali untuk paparan di blog ini... Semoga umat Islam di luar sana mengambil pengajaran daripada sebalik isu ini...

No comments:

Post a Comment