Nuffnang Ads

Friday, 27 April 2012

Siapakah 12 Individu Pemantau Asing Jemputan Anwar?


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemantau pilihan raya dari negara asing yang disarankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan pemantau asing itu terdiri daripada 12 individu yang didakwa Anwar tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau badan bebas antarabangsa.
“Kumpulan yang dikenali sebagai International Fact Finding Mission berhubung pilihan raya di Malaysia menulis surat kepada SPR melalui pejabat Ketua Pembangkang yang memohon untuk mengadakan pertemuan dengan SPR.
“Saya difahamkan mereka ini bukan mewakili mana-mana badan antarabangsa, sebaliknya hanya atas kapasiti individu kerana ada antara mereka ialah pensyarah universiti, pengamal media, pegawai bank, wakil rakyat termasuk senator.
“Mereka bukan NGO tetapi sekumpulan individu yang dikumpul oleh pembangkang,” katanya seperti dilaporkan Mstar online.
Menurutnya pertemuan tersebut dijadual diadakan di pejabat SPR di Putrajaya pada Jumaat ini.
“Kita tidak takut untuk berjumpa dengan mereka, SPR sedia bertemu sesiapa sahaja yang ingin memahami proses SPR mengendalikan pilihan raya,” katanya.
Pada 24 April lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar tindakan Anwar yang berusaha membawa masuk pemantau pilihan raya dari luar negara bagi memantau proses pilihan raya umum negara tanpa persetujuan SPR.
Katanya, tindakan tersebut merupakan helah awal pihak pembangkang yang cuba dicetuskan sebagai persediaan jika mereka kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Sepatutnya, SPR yang menjemput pemantau pilihan raya dari luar, tetapi ini, pembangkang yang panggil sendiri. Ini semua kawan-kawan mereka juga.
“Pembangkang ini seolah-olah telah menjangka yang mereka akan kalah, sebab itu awal-awal lagi menuduh kerajaan menipu dan tabur fitnah kepada kita,” katanya.
Tengku Adnan turut memberitahu pihaknya juga turut menerima surat daripada Penasihat PKR itu yang mempelawanya mengadakan pertemuan bersama kira-kira 12 orang pemantau pilihan raya asing tersebut.
WikiLeaks sebelum ini pernah mendedahkan maklumat dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang menyebut Anwar pernah memohon bantuan daripada NGO-NGO tajaan AS untuk membantu usahanya melakukan perubahan di Malaysia.
Dokumen WikiLeaks menyebut, Anwar memuji aktiviti aktiviti pengukuhan demokrasi yang dilaksanakan oleh NGO AS, the National Democratic Institute (NDI) dan the International Republican Institute (IRI) bersama-sama dengan pembiayaan yang disediakan oleh National Endowment for Democracy (NED).
Kata Anwar, beliau menggalakkan penglibatan Carter Center dan NGO Eropah bersama-sama dengan badan-badan dari Indonesia dan Turki, untuk memantau sistem pilihan raya di Malaysia.
AIDCNews 18 April mendedahkan 18 pucuk surat itu dihantar kepada ahli Senator, Kongres, dan Ketua-Ketua yayasan strategik berkaitan demokrasi dan pilihan raya di AS.
Selain itu, sepucuk surat khas telah dihantar Anwar kepada Jimmy Carter yang turut dibuat salinan kepada Al Gore, bekas Naib Presiden AS.
Kesemua surat tersebut ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat menggunakan kepala surat Parti Keadilan Rakyat beralamat di ibu pejabat PKR Malaysia 110-3, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia dan dalam kepala surat itu turut tercatat pejabat Anwar Ibrahim di AS, 585 Grove St Suite, 135 Herndon, VA, 20170, USA.

No comments:

Post a Comment