“Lim Guan Eng perlu melakukan sesuatu sekarang kerana sokongan Melayu telah berubah. Populariti Anwar telah turun kepada hanya 50 peratus di Permatang Pauh dan ia amat dibimbangkan,” kata sumber DAP kepada The Malaysian Insider.
Lapor laman itu lagi, Pulau Pinang merupakan kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Permatang Pauh merupakan kerusinya sejak menyertai politik pada 1982, namun sumber dalaman DAP berkata, walaupun tiada ancaman Anwar akan kehilangan kerusinya, tetapi prestasi yang lemah memungkinkan BN menguasai semula negeri tersebut.
Pada tahun lalu, kajian itu dilakukan oleh Prof. Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM daripada Mac 2008 hingga Julai 2011 menunjukkan prestasi Anwar Ibrahim jatuh merudum berbanding dengan empat tokoh lain, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng.
Ketika ditanya kenapa populariti Anwar jatuh merudum, Azrul Hisyam Wakichan, pembantu penyelidikan kepada Prof. Datuk Syed Arabi Idid berkata, “puncanya adalah cara Anwar mengendalikan isu”.
“Pada waktu itu (2008), dia (Anwar) janji macam-macam..bila datang isu skandal (yang membabitkan dirinya), dia tidak mampu nak jawab.
“Dia jawab dia kilas ke lain..dia tidak menjawab sebenarnya," katanya.
Selain itu, kata pembantu penyelidik dari UIA itu, populariti Najib Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri merupakan satu-satu faktor yang menyebabkan populariti Anwar semakin jatuh merudum.
Mai Pikiaq Pi: Mau tak merudumnya jika selalu bohong... kiri kanan bohong... depan belakang bohong... Rakyat sekarang bukan macam dulu lagi percaya dengan janji-janji kosong... Sekarang rakyat mahu kesahihan.... Janji dan buat kerja...
No comments:
Post a Comment