Nuffnang Ads

Monday 30 April 2012

Bersih 3.0: Anwar Arah Rempuh Dataran Merdeka

                     


Mai Pikiaq Pi: Terbongkar satu rakaman yotube yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menunjukkan Ketua Pembangkang itu memberi isyarat kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang disifatkan oleh Amenoworld. blogspot.com sebagai satu arahan supaya peserta merempuh halangan polis di Dataran Merdeka.

Rakaman youtube berdurasi 18:53 itu bersumberkan blogger Amenoworld yang sudah dikenali umum sebagai blogger pro Pakatan Rakyat (PR).
“Ini ialah perhimpunan aman. DSAI tak sepatutnya bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tu bila rakyat kena serang dia kat mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? DSAI bagi isyarat, barulah rakyat naik semangat slogankan suruh masuk di waktu Chegu Bard bagi ucapan bahawa kita tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tu,” kata blogger Amenoworld.
Dalam rakaman itu, Anwar kelihatan berpakaian kuning dan bercermin mata sedang menunjuk isyarat yang disifatkan arahan supaya para peserta BERSIH 3.0 mara ke Dataran Merdeka.
Selepas beri isyarat itu, Anwar meletakkan tangannya ke bahu seorang lelaki yang berada di sampingnya.
Azmin, yang berdiri supaya dapat berkomunikasi dengan Anwar, menerima isyarat Anwar itu, mangangguk-angguk yang menunjukkan beliau faham dengan isyarat dan arahan Anwar itu.
Azmin juga turut kelihatan memberi arahan ringkas kepada seorang lagi peserta yang berbaju kuning.
Selepas Azmin turun dari tempat tinggi di mana beliau berdiri ketika berkomunikasi dengan Anwar itu, dengan segera, seorang lelaki berbaju kuning yang menerima arahan Azmin itu membuka pintu halangan yang menutup Dataran Merdeka.
Orang kanan Azmin yang membuka pintu halangan itu dikatakan sebagai ahli PKR Seremban.
Tujuan pintu halangan ke Dataran Merdeka dibuka untuk membolehkan para peserta BERSIH 3.0 masuk ke Dataran Merdeka, tempat yang sebelum ini diisytiharkan haram untuk dimasuki oleh pihak polis.
Kurang dua minit kemudian, meriam air dilepaskan.
Menurut Mstar sebelum ini, The Star pernah melaporkan bahawa orang ramai menjadi tidak terkawal selepas mendengar ucapan oleh Azmin, yang meminta penunjuk perasaan supaya “menduduki Dataran Merdeka”.
Soalan beliau disambut dengan laungan “hancur rempuh, buka pagar”.
“Dataran tidak dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia milik rakyat,” kata Azmin kepada orang ramai di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Comm. Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengambil tindakan tegas kerana orang ramai telah mula membaling objek dan menuju ke arah Dataran Merdeka.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mengakui kepada pemberita, Ahad, bahawa penyokong telah melanggar halangan di sekitar Dataran Merdeka, melanggar perintah mahkamah, sedangkan beliau mendakwa memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak memasuki dataran bersejarah itu tanpa kebenaran polis.
AIDCNews 29 April melaporkan pada hari kejadian BERSIH 3.0, sekitar jam 12.55 tengahari, Anwar Ibrahim berucap di hadapan penyokongnya di Masjid Negara supaya mara ke Dataran Merdeka.
“Kita tunggu sampai Zohor di sini, selepas itu kita ke Dataran Merdeka,” katanya seperti dilaporkan Mstar.
Anwar ketika memberi ucapan kepada ribuan penyokongnya berkata, perarakan ke Dataran Merdeka sebagai ‘memerdekakan’ dataran tersebut.
Beliau bersama pemimpin Bersih sebelum ini menggelarkan Dataran Merdeka sebagai ‘Dataran Penjajah’ apabila permohonan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini,” katanya sambil disambut dengan laungan ‘reformasi’ oleh peserta himpunan.
Namun, selepas memberi ucapan dan arahan, Anwar sendiri tidak menyertai perhimpunan mara ke Dataran Merdeka, hinggakan jejaknya tidak dapat dikesan ketika insiden merempuh Dataran Mendeka dan insiden kekasaran terhadap pemandu kereta peronda polis di Sogo.
Anwar menghilangkan diri selepas para penyokongnya mula mengganas selepas jam 3 petang.

No comments:

Post a Comment