Belum pun memerintah negeri ini, pakatan pembangkang sudah mula menampakkan sifat 'tamak kuasa' dan berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar (MB) jika menang di Johor.
Bagaimanapun, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng sebagai MB jika menang, tidak sehaluan dengan kehendak Pas yang mahu calon bagi jawatan itu diberikan kepada seorang Melayu dan beragama Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai MB Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu.
Katanya, semua pemimpin pakatan pembangkang telah bersetuju dengan syarat tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini.
"Kami telah bincangkan dengan pemimpin DAP dan PKR tentang perkara ini iaitu di Johor hanya Melayu Islam boleh dilantik menjadi MB.
Mai Pikiaq Pi: Mereka ini dari dulu hingga kini tak habis-habis berebut kerusi.. tak pernah sependapat... Inikah contoh kerajaan yang akan kita pilih nanti... Alamaknya, negara kita tak ubah seperti negara luar yang sentiasa bergolak... Fikir-fikirlah!!!

No comments:
Post a Comment