Penganjur yang merancang perhimpunan awam di ibu negara Sabtu ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil membuat andaian awal terhadap hasil penambahbaikan proses pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Katanya cadangan penambahbaikan proses pilihan raya yang diutarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit dalam perhimpunan sebelum ini telah dipersetujui atau sedang dipertimbangkan. "Semasa perhimpunan lepas, anda mengemukakan lapan tuntutan dan beberapa daripadanya telah ditangani atau menjadi sebahagian daripada syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan proses pilihan raya.
"Pembaharuan sedang berlaku...daftar pemilih sedang dibersihkan dan penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Hanya menjadi isu ialah tempoh berkempen minimum selama 10 hari berbanding 21 hari.
"Pembaharuan sedang berlaku...daftar pemilih sedang dibersihkan dan penggunaan dakwat kekal dipersetujui. Hanya menjadi isu ialah tempoh berkempen minimum selama 10 hari berbanding 21 hari.
"Meskipun begitu, mereka (penganjur perhimpunan) masih mengedar risalah dengan membayangkan penipuan dalam proses pilihan raya Malaysia. Ini merupakan pandangan berprasangka," katanya semasa debat awam dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga, di sini malam tadi.
Siri debat, anjuran 'The Malay Mail Spark The Debate', berjudul 'Electoral Reform: Is Enough Being Done?' diadakan di The Club @ Bukit Utama, Bukit Utama Golf Course di Bandar Utama di sini dengan sokongan Universiti UCSI dan Yayasan Orator.
Ambiga semasa berhujah menyentuh beberapa isu yang mereka menuntut khusus dalam memastikan daftar pemilih bersih dan melahirkan keraguan dengan usaha SPR yang secukupnya seperti diperkatakan. Beliau juga menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ditangguh bagi menyediakan masa untuk proses penambahbaikan dilakukan khususnya daftar pemilih dibersihkan sebelum Parlimen dibubarkan.
Bagaimanapun, bekas Presiden Majlis Peguam itu bersetuju dengan cadangan Khairy mengenai pembentukan sebuah badan bebas supaya duduk bersama dengan SPR dan membincangkan isu-isu pilihan raya yang masih belum diselesaikan.
No comments:
Post a Comment