Nuffnang Ads

Wednesday, 4 April 2012

MURTAD ADALAH ISU BESAR UMAT ISLAM


Dewan Pemuda Pas Pusat menganggap gejala murtad adalah satu isu besar yang perlu ditangani oleh semua pihak dan ia tidak boleh dianggap ringan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya dari dahulu lagi mempunyai pendirian yang tetap apabila berhadapan dengan isu murtad kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam yang perlu sentiasa dipertahankan.

''Murtad adalah isu umat Islam dan merupakan suatu perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, sekalipun hanya seorang yang murtad, ia tetap dianggap satu perkara besar.

''Isu tersebut tidak sepatutnya dipikul seorang diri dan bukannya menjadi isu politik bagi seseorang mencari pengaruh atau menjadikannya sebagai satu polemik," katanya.



Mai Pikiaq Pi: Bab murtad ini bukan lagi isu yang perlu ditangani oleh sebelah pihak sahaja tetapi oleh semua pihak bagi menyelamatkan akidah umat Islam... Jangan biarkan akidah umat Islam ditelanjangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab...

No comments:

Post a Comment