AMK menyokong desakan supaya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan mengenai dakwaan pemilikan saham bagi membersihkan nama dalam kalangan ahli dan penyokong parti.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, ahli dan penyokong risau jika Azmin tidak menjawab dengan segera akan menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi.
“AMK melihat desakan supaya Azmin membuat penjelasan sebagai satu yang positif untuk membersihkan nama pemimpin.
“Kerana bagi AMK, ahli prihatin terhadap pemimpin parti,” kata beliau.
Bagaimanapun, Rozan tidak setuju dengan tindakan Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saadi yang membuat desakan supaya Azmin mengisytiharkan harta dan saham secara terbuka.
Rozan juga membantah ugutan Mohd Isa, ahli PKR akan keluar parti jika Azmin tidak mahu membuat penjelasan.
“Isu itu sepatutnya disuarakan melalui saluran dalaman dan bukannya mendedahkan melalui sidang media serta mengugut keluar parti,” kata Rozan.
Semalam sekumpulan ahli PKR yang diketuai Mohd Isa mendesak Azmin memberi penjelasan mengenai dakwaan pemilikan saham.
Jika Azmin gagal berbuat demikian, kata Mohd Isa, Timbalan Presiden PKR itu perlu keluar dari parti.
Sehingga ini, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak belum menjelaskan pemilikan harta dan sahamnya seperti dakwaan pihak tertentu.
Sementara itu, bekas pemangku Ketua PKR Gombak, Bakar Ninggal meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemilikan saham dan harta Azmin.
Pada masa sama, beliau mahu orang yang membuat tuduhan ke atas Azmin hendaklah membuktikan dakwaan tersebut.
Biar SPRM siasat
“Biar SPRM siasat harta Azmin. Apa yang berlaku sekarang ialah orang yang menuduh Azmin itu tidak mempunyai bukti. Saya ingin bertanya dari segi undang-undang adakah seorang pemimpin parti atau ahli Parlimen boleh dipaksa supaya mengisytiharkan aset dan saham?
“Kalau ada undang-undang, Azmin perlu mengisytiharkan harta dan saham. Kalau tidak ada, kita tidak boleh memaksanya,” kata Bakar lagi.
Bakar yang mencabar Azmin bagi jawatan Ketua PKR Gombak akhir tahun lalu berkata, isu Azmin memiliki saham sudah berlegar dalam kalangan ahli sejak dahulu lagi .
Bagaimanapun, katanya, ia tidak ada bukti dan Azmin tidak pernah memberitahu orang lain mengenai harta dan sahamnya.
Manakala Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, wang atau saham milik Azmin merupakan hal peribadi dan tidak perlu dihebohkan.
“Dari mana dia (Azmin) cari wang, dari mana dia dapat wang itu hal peribadi. Selagi Azmin tetap dengan perjuangan parti, itu yang penting,” kata Razali.
Mai Pikiaq Pi: Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini...
No comments:
Post a Comment