Ahli Kongres dari Amerika Syarikat (AS), Eni Faleomavaega menyifatkan sistem demokrasi di Malaysia berlangsung dengan lancar dan terpulang kepada kebijaksanaan rakyat di negara ini untuk memilih sendiri kerajaan.
Beliau memberitahu, adalah tidak adil untuk mana-mana ahli politik dari AS untuk tampil memberi sokongan kepada mana-mana pihak di negara ini.
"Ia bukan urusan kami, tapi saya percaya proses anda akan berlangsung dengan aman dan terpulang kepada anda untuk memilih sendiri, saya percaya kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin anda," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Bangunan Parlimen hari ini.
No comments:
Post a Comment