Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara menggunakan hasil keuntungan Petronas sebagai tidak munasabah.
Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, rancangan Ketua Pembangkang itu akan menjejaskan pendapatan syarikat cari gali negara tersebut.
"Yang kita guna untuk subsidi lain berpuluh bilion ringgit (datang) daripada mana? Sebahagian besar daripada keuntungan Petronas.
"Anwar boleh cakap sebab dia tiada apa-apa rasa tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada pengalaman, kita ambil kira. Kalau kita hapuskan (pinjaman pelajaran), cara sesetengah negara lain adalah dengan menaikkan cukai untuk menampung kekurangan itu," katanya.
No comments:
Post a Comment