Nuffnang Ads

Saturday 7 April 2012

Biar Pembangkang Hina, Tolak Kaum India


“Biarlah kalau pakatan pembangkang tidak mahu undi kaum India, kita (BN) mahu dan sentiasa menadah tangan terbuka… selama ini pun bukan pengundi India tidak sokong kita, cuma pada pilihan raya lalu mereka dibuai mimpi-mimpi indah dan janji bulan bintang pembangkang yang akhirnya semua itu hanya pembohongan”.
Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kepada UMNO-Online di sini bagi mengulas kenyataan pemimpin pembangkang baru-baru ini yang dengan nada bongkak mengatakan mereka tidak memerlukan lagi undi kaum India.
Baru-baru ini, dilaporkan radio Kedah menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani daripada PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi daripada masyarakat India.
Malah Ketua Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis mengumpul dana pilihan raya dengan bongkak berkata, pakatan pembangkang boleh mengekalkan negeri itu jika 40 peratus masyarakat Melayu dan 90 peratus orang Cina menyokong gabungan itu tanpa menyebut sokongan daripada kaum India.
Zainal Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal berkata, tindakan pakatan pembangkang yang menidak sokongan kaum India merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan bongkak malah boleh disifatkan satu penghinaan terhadap pengundi kaum berkenaan yang memberi sokongan kepada mereka sehingga berjaya menawan beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum 2008.
“Bagi kita sokongan semua kaum adalah penting dan kita yakin pengundi kaum India tidak akan lagi membiarkan diri mereka terpedaya dengan pelbagai janji pakatan pembangkang.  Lihat selama empat tahun apa sudah jadi, apakah kehidupan kaum India lebih baik di bawah pakatan pembangkang?
“Kita percaya kaum India ini akan maju dan kualiti hidup mereka lebih sempurna di bawah BN.  Kita lihat ada banyak ruang yang boleh kita bela masyarakat India ini terutama di Pulau Pinang.  Di kawasan Nibong Tebal ini pun ada 11 estet yang didiami kaum India dan mereka ini perlukan pembelaan bukan seperti pembangkang yang hanya berjanji untuk dapatkan undi selepas dapat kuasa sokongan kaum India tidak dihargai,"  ujarnya.
Justeru beliau yakin pada pilihan raya umum akan datang rakyat terutama pengundi India akan mengajar sikap sombong dan bongkak pakatan pembangkang yang bukan saja tidak menunaikan janji dan membela masyarakat India malah menghina mereka kononnya tanpa undi kaum India mereka akan tetap berkuasa. - Sumber MediaUmno

No comments:

Post a Comment