Nuffnang Ads

Wednesday, 4 April 2012

Tindakan Pengerusi Dong Jiao Zong dipersoal


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan tindakan Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Jiao Zong), Dr. Yap Sin Tian menyambung pengajian di universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara dan bukannya Mandarin.

Pengerusi Penyelaras Damai Malaysia, Saiful Adil Mohd. Daud berkata, tindakan Sin Tian itu bertentangan dengan sikap ultra Dong Jiao Zong yang hanya mendokong Bahasa Mandarin dan meminggirkan bahasa lain termasuk Bahasa Melayu yang menjadi teras kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Kenapa dia sendiri memilih untuk belajar di universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantara? Tapi di hadapan masyarakat Cina dia bermati-matian memperjuangkan kepentingan Bahasa Mandarin, ini sikap yang bertentangan," katanya.

Mai Pikiaq Pi: Aku heran dengan si Yap nie... Dia ingat ini negara China ka?.. Kalau hang tak puas hati baliklah China... Kerajaan perlu bertegas dalam soal ini... Jangan sesekali kerajaan menuruti apa sahaja permintaan mereka... Ini semua hanya sandiwara politik mereka... Mereka tahu kerajaan perlukan undi mereka menjelang pilihan raya umum akan datang, itu sebab mereka meminta apa sahaja walaupun ia sesuatu permintaan yang tidak masuk akal.... Tapi harus diingat, walau kerajaan penuhi sekalipun... mereka ini tetap tidak akan menyokong kerajaan.... 

No comments:

Post a Comment