Nuffnang Ads

Tuesday 3 April 2012

Safee sah bercerai talak satu dengan Sabarina


Safee Sali tarik balik permohonan kembali taat terhadap isteri, setuju selesai masalah rumahtangga luar mahkamah
Seminggu selepas menarik balik permohonan perintah kembali taat, jutawan bola sepak negara, Safee Sali hari ini bercerai secara baik dengan isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Safee melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie, Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup yang hanya dihadiri peguam dan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Safee yang memakai kot dan seluar hitam hadir di mahkamah ditemani peguam syarie, Ahmad Nazib Johari manakala Sabarina bersama peguam syarie, Ezura Nashuha Abdul Hadi dan Junaidah Bakar tiba pada pukul 3.50 petang.

Safee selaku plaintif dilihat segera meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama Ahmad Nazib dan beberapa yang lain sebaik sahaja prosiding selama hampir sejam itu selesai.

Mai Pikiaq Pi: Harap selepas ini ada sinar kebahagian buat kedua-duanya... Walau masing-masing membawa haluan berbeza... anak-anak jangan dilupakan... Mereka masih memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapa...

No comments:

Post a Comment