Nuffnang Ads

Monday 2 April 2012

PKR, Pas berebut jadi MB Johor


Belum pun memerintah negeri ini, pakatan pembangkang sudah mula menampakkan sifat 'tamak kuasa' dan berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar (MB) jika menang di Johor.

Bagaimanapun, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng sebagai MB jika menang, tidak sehaluan dengan kehendak Pas yang mahu calon bagi jawatan itu diberikan kepada seorang Melayu dan beragama Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai MB Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu.

Katanya, semua pemimpin pakatan pembangkang telah bersetuju dengan syarat tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini.

"Kami telah bincangkan dengan pemimpin DAP dan PKR tentang perkara ini iaitu di Johor hanya Melayu Islam boleh dilantik menjadi MB.

Mai Pikiaq Pi: Aku heran la... macam mana pakatan sebegini ingin memerintah negara kelak... asyik bertelagah sesama sendiri... dari dulu hingga kini tak habis-habis pasal perebutan kuasa....

No comments:

Post a Comment