Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berundur daripada bidang politik jika masih enggan menyatakan pendirian berhubung dakwaan salah laku moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Mohd. Said berkata, Wan Azizah bertanggungjawab untuk menjelaskan isu-isu tersebut kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR.
''Kalau tidak berani buat penafian, Wan Azizah perlu meninggalkan bidang politik agar beliau boleh menjadi isteri sepenuh masa.
''Beliau sewajarnya menjawab sama ada tuduhan yang dibangkitkan terhadap Anwar itu benar atau tidak," katanya ketika diminta mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah terhadap dakwaan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung skandal moral Anwar.
Mai Pikiaq Pi: Kadang-kadang kesian tengok seorang yang bernama Wan Azizah nie.. Mempunyai seorang suami yang bernama Anwar yang banyak melukakan hati beliau... Seeloknya Wan Azizah berundur daripada politik dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangganya....

No comments:
Post a Comment