"Saya terpanggil untuk memberitahu Anwar Ibrahim,You are a very confused person..seorang yang sangat keliru,” kata bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad, semasa Majlis Pelancaran Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 22 April.
Datuk Ruhanie yang lebih dikenali dengan nama singkatan Datuk Ron menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih berada dalam kerajaan pada tahun 1998.
“Pada ketika itu saya Presiden Backbenchers Club..saya jaga lebih kurang 40-50 Ahli Parlimen (BN) yang tak ada jawatan.
“(Anwar arah) Ron minta kawan-kawan ‘cross over‘(lompat parti)..sampai hati, saya seorang UMNO..diminta untuk cross over mengkhianati UMNO.
“Maka saya kata..pak sheikh (Anwar), kalau you boleh dapat satu, besok pagi melompat..inilah (menunjukkan kepada dirinya) yang akan jadi lembu yang akan melompat," katanya.
Datuk Ron juga mendedahkan, Anwar sekitar tahun 1994-1995 pernah membuat pakatan dalam kalangan ahli UMNO untuk menumbangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Presiden UMNO ketika itu.
“Pada hari ini, Anwar melakukan dosa yang paling besar kepada umat Islam dan rakyat Malaysia. Pertamanya kerana beliau mengiktiraf Yahudi, Israel.
“Keduanya kerana bersekongkol dengan DAP, Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia arwah bapa saya kata, sama rata, sama rasa…Tapi kepada dia (Anwar) sama rata, sama rasa, saya tak tahu, tanya dengan Azmin, rasa apa, rata apa..,” katanya.
Ron yang mengenali Anwar sejak tahun 1969 tidak menyangka Anwar yang dikenali sejak sekian lama, sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment