Nuffnang Ads

Tuesday 10 April 2012

Rakyat Malaysia diancam setiap 35 minit

BERDASARKAN fakta Pusat Perlindungan Malware Microsoft, dalam tempoh setiap 10 minit seorang penduduk dunia diancam jenayah siber.

Di Malaysia pula, tempoh itu menurun sedikit kepada 35 minit. Bagaimanapun, melihat kepada trend semasa dan pergantungan besar rakyat terhadap teknologi maklumat tidak mustahil angka tersebut akan meningkat tidak lama lagi.

Lebih-lebih lagi jika melihat kepada jumlah insiden jenayah siber dari 2009 hingga 2011 yang meningkat mendadak sebanyak 327 peratus kepada 15,218 kes pada tahun lalu, berbanding 3,564 kes pada 2009.

Selain langkah kawalan segera, perubahan dalam budaya penggunaan Internet serta kesedaran pengguna amat penting bagi memastikan angka tersebut tidak terus meningkat.

No comments:

Post a Comment