Nuffnang Ads

Monday 9 April 2012

Jati mahu kumpul 500,000 ahli



Orang ramai mendaftar sebagai ahli Jati selepas ceramah perdana Selamatkan Akidah oleh Hasan Ali di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, kelmarin.



Jalur Tiga (Jati) berhasrat menghimpunkan 500,000 orang yang menjadi ahli pertubuhan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut subjek Agama Islam dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua peperiksaan.

Peperiksaan tersebut termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Presiden Jati, Datuk Dr. Mohamed Hasan Ali berkata, tuntutan mereka itu selaras untuk menjadikan subjek tersebut sama penting dengan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang kini diwajibkan lulus di sekolah.

Mai Pikiaq Pi: Pada pandangan Mai Pikiaq Pi la... eloklah subjek Agama Islam dijadikan subjek wajib lulus bagi semua jenis peperiksaan di peringkat sekolah rendah dan menengah... Ini kerana gejala serta budaya yang tidak baik semakin menular dalam kalangan remaja kini...

No comments:

Post a Comment