Nuffnang Ads

Tuesday, 3 April 2012

Phahrolrazi, Dr. Ismail tidak dapat portfolio asal


Hasrat Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh untuk memperoleh portfolio kanan dalam pentadbiran kerajaan negeri mungkin tidak kesampaian berikutan keputusan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk tidak merombak portfolio Exco-exco yang sudah mengangkat sumpah.

Azizan memberitahu, langkah tersebut diambil bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri, selain tidak mahu mengganggu tugas yang sedang dilaksanakan oleh Exco-exco yang telah mengangkat sumpah pada 28 Mac lalu.

Kata Azizan, langkah itu juga sebagai bersikap adil kepada Exco-exco terbabit memandangkan semuanya telah menjalankan tugas di bawah portfolio masing-masing dengan baik.

"Terpaksa buat rombakan sedikit kerana sudah sebulan krisis ini berlaku. Jawatan yang pernah dipegang oleh kedua-dua Exco terbabit telah pun dipegang oleh Exco lain yang mengangkat sumpah baru-baru ini.

Mai Pikiaq Pi: Adakah keputusan ini mendapat restu Pas Pusat???

No comments:

Post a Comment