Nuffnang Ads

Thursday 12 April 2012

Ku Li Nafi Mahu Tanding Tiket Bebas


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta semua pihak supaya tidak mempertikaikan kesetiaan beliau kepada UMNO.

Sehubungan itu beliau menegaskan, tidak pernah membuat kenyataan akan bertanding atas tiket Bebas jika tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak kata pun, pemberita Astro Awani yang buat cerita itu, saya tak buat kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penerangan dan Pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Negeri Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), di sini malam tadi.

Dalam sesi soal jawab pada majlis berkenaan, Tengku Razalegh menjelaskan, beliau menghormati tindakan beberapa pemimpin UMNO di Gua Musang yang dilaporkan menentang kepimpinannya atas semangat demokrasi.

No comments:

Post a Comment