Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis berkata, kempen tersebut telah mensabotaj kajian yang telah dibuat berdasarkan sains bahawa LAMP adalah selamat.
Menurutnya, sejak projek ini diluluskan pada 2007, LAMP telah melalui beberapa kawalan tahap tertinggi serta mendapat maklum balas daripada orang awam.
"Seterusnya LAMP telah dikaji semula dan akhirnya diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
"Setiap aspek keselamatan yang ditetapkan oleh kedua-dua agensi telah dipenuhi dan diluluskan. Maka, sangat mengecewakan apabila standard keselamatan tertinggi yang terdapat dalam projek ini bagi melindungi manusia dan alam sekitar dipertikaikan oleh segelintir pihak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Mai Pikiaq Pi: Tak tau nak kata apa lagi dengan isu Lynas yang tak berkesudahan... Pakatan pembangkang akan sedaya upaya memanipulasikan isu agar rakyat nampak kerajaan tidak memikirkan keselamatan rakyat...
No comments:
Post a Comment