Nuffnang Ads

Wednesday 25 April 2012

Anak Orang Lain Mansuh PTPTN, Anak Anwar Ditaja Ke Luar Negara


Ramai pihak berpendapat kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diganti dengan pendidikan percuma sekadar janji kosong untuk menarik undi golongan muda menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Apatah lagi seperti dilaporkan Antarapos, Anwar sendiri tidak mahu melaksanakan dasar pendidikan percuma di kolej universiti dan universiti di bawah Kerajaan Negeri Selangor khususnya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan UNISEL (Universiti Selangor).
Ketika Anwar mencanang mahu memansuhkan kemudahan pinjaman PTPTN untuk generasi muda yang menuntut di dalam negara, ramai yang terlupa bahawa kebanyakan anak-anak Anwar dihantar ke luar negara.
Anak-anak Anwar bukan belajar di UNISEL atau KUIS sebaliknya dihantar ke negara maju, Amerika Syarikat (AS).
Negara maju seperti AS sendiri tidak memperkenalkan polisi pendidikan percuma.
Nurul Izzah adalah lulusan dari SAIS (School of Advanced International Studies) Universiti Johns Hopkins, AS pada tahun 2007.
Laman discoverthenetworks.org mendedahkan pada tahun 2003, IIIT (International Institute of Islamic Thought), badan pemikir yang diasaskan Anwar yang berpengkalan di AS telah menyalurkan wang sebanyak $ 92.200 kepada Nurul Izzah.
Pendedahan sama turut dilaporkan laman frontpagemag.com yang menyebut sumbangan $ 92.200 kepada Nurul Izzah itu adalah hasil penipuan cukai (tax fraud) yang dilakukan oleh IIIT.
Satu lagi dokumen dilampirkan di bawah membuktikan Anwar terpaksa membayar pendidikan anaknya, Nurul Ilham ketika menuntut di Universiti Georgetown, AS.
Surat Anwar bertarikh 10 Julai 2007 dihantar kepada Pejabat Program Antarabangsa Universiti Georgetown menyatakan bahawa beliau akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan tuisyen dan kos hidup anaknya, Nurul Ilham selama dua tahun menuntut di universiti itu.
Menurut Anwar jumlah bayaran yang dikenakan sebanyak $ 21.564 setahun akan dibayar melalui akaun bank miliknya di AS.
Anwar juga turut melampirkan bukti penyata bank miliknya untuk bulan Jun 2007 yang menunjukkan beliau mampu membayar kos perbelanjaan anaknya menuntut di universiti itu.
Baki selebihnya perbelanjaan anaknya, kata Anwar akan ditaja oleh Mena Estates Inc, satu syarikat perniagaan di bawah naungan Safa Group.
Menurut laman investigativeproject.org, Safa Group dimiliki oleh pengasas-pengasas IIIT, di mana Anwar merupakan salah seorang pengasas badan tersebut.
Daripada segi logik, tanpa bantuan daripada Mena Estates Inc sekalipun, Anwar mampu menanggung sepenuhnya pengajian anak-anak di AS, kerana sebelum ini telah dibuktikan kemampuannya membuka syarikat perniagaan dan membayar gaji beberapa orang pembantunya di negara itu.

No comments:

Post a Comment