Nuffnang Ads

Tuesday 24 April 2012

Anwar Ibrahim ditibai....

                         


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), YB Datuk Ibrahim Ali mengetuai menibai foto Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai simbolik pelancaran rasmi satu kelab yang dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau ringkasnya TIBAI.
Ibrahim dijemput sebagai perasmi majlis penubuhan kelab itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, 22 April yang turut dihadiri lebih 3,000 ahli kelab tersebut.
“Saya mengenali Anwar sejak tahun 70-an sewaktu kami sama-sama menjadi pemimpin pelajar, dahulu beliau idola semua orang termasuk saya kerana ketegasan memperjuangkan agama Islam. Saya sayang dan menghormati Anwar sehingga sanggup dipenjara kerana beliau.
“Namun selepas ditunjukkan dengan segala bukti sahih, saya akhirnya sedar Anwar tidak layak memimpin negara, Anwar bukan lagi pemimpin yang kami kenal semasa era 70-an, dia sudah jauh berubah dan pada saya, Anwar sudah jauh tersesat daripada perjuangan sebenar,” kata Ibrahim.
Turut berucap dalam majlis pelancaran itu adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; bekas pengasas PKR, Ng Yum Yong; bekas Exco Angkatan Muda PKR, Ghani Haron dan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.
TIBAI diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip dan disokong oleh seramai 28 bekas pemimpin parti itu dilantik ahli majlis syura untuk menghalang cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional, Ng Yum Yong berkata, semangat penubuhan TIBAI ini seumpama semangat penubuhan parti Keadilan pada tahun 1998 dahulu.
Mai Pikiaq Pi: Aku harap TIBAI dapat jatuhkan individu bernama Anwar Ibrahim... bukan tibai macam bapa memukul anaknya yang nakal tapi menerangkan dan menunjukkan bukti yang sahih siapa sebenarnya Anwar Ibrahim pada masyarakat....

No comments:

Post a Comment