Nuffnang Ads

Friday, 15 June 2012

Anwar Dicabar Gesa Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Siasatan DiRaja


Umumnya, tindakan saman dengan pakatan pembangkang seperti tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, sekiranya timbul sebarang isu yang tidak menyebelahi mereka, maka sudah pasti tindakan sedemikian akan diambil.
Namun, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan yang dibuat oleh Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berkenaan dakwaan pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion milik Anwar, ia mula menjadi satu tanda tanya dalam kalangan rakyat.
Menurut Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Zahid Md Arip, terdapat tiga cara untuk Anwar menafikan sekaligus membersihkan namanya iaitu saman Datuk Murad, buka pintu seluas-luasnya untuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini dan mencabar Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Spekulasi mula timbul adakah perkara ini benar kerana Anwar seakan tidak berani mengambil tindakan saman untuk menafikan pendedahan ini.
Persoalan demi persoalan mula kedengaran daripada mana Ahli Parlimen Permatang Pauh ini mempunyai wang sebanyak itu. Sekiranya disemak latar belakang Anwar, dia bukanlah seorang ahli perniagaan yang mampu memiliki jumlah wang sebanyak itu. Lebih musykil, perkara ini terjadi ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perana Menteri.
“Sekiranya Anwar tidak berani melakukan salah satu daripada hal ini, maka terbuktilah Anwar seorang pengecut. Sekaligus membuktikan bahawa Datuk Murad bercakap benar. Saya sendiri menggesa Anwar Ibrahim agar mendesak Kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
“Melalui cara ini, ianya akan membersihkan nama Anwar Ibrahim. Sekarangkan dah dekat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Jadi ambillah peluang ini untuk menidakkan dakwaan Datuk Murad. Kenapa dia nak terus berdiam diri dan tak ambil tindakan. Rakyat ternanti-nanti penafiannya. Bukan penafian melalui ceramah dan cakap kosong, tetapi melalui tindakan yang akan menyokong penafiannya itu,” ujarnya.
Jelasnya lagi, dakwaan yang dibuat oleh Datuk Murad ini bukanlah satu perkara yang remeh. Ianya melibatkan maruah Anwar dan juga Bank Negara sendiri. Amat pelik apabila perkara besar sebegini yang mencalarkan lagi imej Anwar hanya dibiarkan tanpa sebarang tindakan daripada tuan punya badan.
Sekiranya Anwar benar-benar mahu pentadbiran yang telus dan adil, dia harus berani mendedahkan perkara ini untuk disiasat. 
Mai Pikiaq Pi: Mana nak suruh siasat.. dah sah-sah dia yang buat.. 

No comments:

Post a Comment