Nuffnang Ads

Monday, 11 June 2012

'PERJELAS FAKTA SEBENAR UBAH PERSEPSI RAKYAT TERHADAP BN'

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera penerangan parti komponen Barisan Nasional (BN) turun padang menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar sesuatu isu. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini penting kerana sejak Pilihan Raya Umum 2008, pakatan pembangkang terus berkempen pelbagai cara melemparkan fitnah dan dakwaan tidak berasas terhadap BN.
Muhyiddin berkata, BN sentiasa bersikap adil kepada semua kaum di negara ini, malah usaha kerajaan selama ini jelas membawa pelbagai kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat, yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.
“Pada hari ini, kita tahu bahawa parti pembangkang menggunakan banyak taktik dan cara untuk mengaburi pemikiran serta mata rakyat, pendekatan yang mereka guna orang kata agak luar biasa sebab itu soal ini berbangkit dan timbul masalah kepada kita. 



“Sebenarnya masalah yang dihadapi BN dan kerajaan kita pada hari ini ialah berkaitan isu persepsi kerana ada satu jurang antara realiti dan keadaan persepsi yang dibangkitkan oleh parti pembangkang. 

“Kadangkala rakyat terpinga-pinga sama ada betul atau sebaliknya isu yang dibangkitkan pembangkang ini kerana pembangkang pandai putar-belit selain membuat berita tidak betul dan sering fitnah. 

“Oleh itu, adalah amat penting untuk jentera penerangan parti komponen turun padang dan menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata fitnah pembangkang,” katanya. 

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 

Muhyiddin berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN yang lain turun padang berjumpa rakyat, mereka juga secara terperinci menjelaskan kepada rakyat fakta sebenar supaya tidak wujud sebarang tanggapan negatif. 

“Penting bagi kita untuk meningkatkan perasaan keyakinan kepada BN dan penting sekali soal ini ialah bermula daripada kita sendiri, kita mesti yakin bahawa BN adalah parti yang perjuangkan nasib semua kaum dan inilah yang akan kita teruskan pada masa akan datang. 

“Banyak pihak bertanya kepada saya bilakah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan dan dalam sesetengah program yang saya hadir orang ramai bersalam dengan saya dan salam mereka luar biasa... apabila saya tanya... mereka kata sudah tidak sabar sokong BN,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Pemimpin peringkat atasan hingga bawahan jangan segan-segan turun padang jumpa rakyat jelata.. Tiada apa yang rakyat mahukan hanya berjumpa pemimpin mereka yang sedia membantu dan mendengar luahan hati mereka... Pemimpin yang baik akan sentiasa disanjung dan diikuti!

No comments:

Post a Comment