Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini semalam mendesak Kerajaan PAS Kelantan menggantung urusan penjualan mata wang dinar dan dirham yang kini dilanda kontroversi.
Ini berikutan dakwaan berlaku 'skandal mata wang syariah' dan kemelut salah laku membabitkan seorang pegawai kanan dalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).
NGO yang tampil membuat desakan itu antaranya, Orang Muda Berpadu Antikorupsi (OMBAK), Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Angkatan Generasi Melayu Muda (AGENDA).
Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, yang mewakili NGO berkenaan juga menuntut kerajaan negeri atau Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tiga laporan polis dibuat terhadap pegawai kanan berkenaan.
Katanya, laporan polis berkenaan dibuat seorang warga negara Jepun, Takao Kono; Mohamed Esfih (Perancis) dan bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad.
“Dalam laporan polis oleh tiga individu itu, memang jelas ia merujuk satu nama, iaitu pegawai kanan terbabit. Oleh itu, kami dan rakyat Kelantan mahu supaya perkara ini dapat dijelaskan.
“Ini bukan serangan peribadi (terhadap Husam) dan PAS, terpulang kepadanya sama ada nak jawab atau sebaliknya, tetapi saya pasti beliau akan jawab dengan cepat kerana hampir pilihan raya,” katanya pada sidang media bersama beberapa NGO dan blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dikenali menerusi Blog Kickdefella, di sini.
Hadir sama, Presiden AGENDA, Mohd Zaidan Abdul Rahim dan Pengerusi TUKAR, Kamaruddin Mohd Kassim.
Sebelum ini, muka depan sebuah akhbar arus perdana, melaporkan KGT didakwa berdepan kemelut salah laku terutama membabitkan seorang pegawai kanan syarikat terbabit.
Mai Pikiaq Pi: Tak habis-habis salah laku pemimpin pakatan nie... Lepas seorang-seorang...
No comments:
Post a Comment