Nuffnang Ads

Tuesday 19 June 2012

Penjelasan Zulkifli Noordin diserang di Taman Medan



YB Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan sebab-sebab beliau diserang oleh penyokong PAS dalam ceramahnya di Taman Medan, 15 Jun.
Menurutnya, walaupun beliau tahu Taman Medan merupakan kubu kuat PAS dan berjaya menawan masjid di kawasan itu, namun beliau tetap hadir memberi ceramah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat setempat.
“Kebetulan saya pergi, imam baru habis sembahyang, setelah mereka mengadakan ceramah kuliah Magrib, daripada Magrib sampai 9.30 malam... dilambatkan supaya orang tak boleh datang ceramah.
“Saya tengah lalu di masjid itu, saya dengar doa (imam itu)..'Ya Allah berikan kami kebaikan dalam kematian’..Saya ambil itu sebagai soalan (ceramah saya)..Saya tanya soalan..kita semua akan mati..malaikat akan tanya siapa Tuhan kamu..?
“Jawapannya mudah..Allah..cuma saya tanya soalan kepada mereka semalam..kalau kamu jawab Allah..maka malaikat akan tanya balik..Allah yang mana satu..kerana di dunia dulu..Allah Islam ada..dan Allah Kristian ada,” katanya.
Menurutnya tidak ada alasan yang paling munasabah, PAS menghalalkan pemberian kalimah Allah kepada penganut Kristian, kecuali atas sebab taatkan Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebab tak ada alasan langsung untuk mereka menghalalkan tindakan itu..semata-mata kerana berkiblatkan Anwar Ibrahim yang gila kuasa..gila nak ke Putrajaya..gila nak jadi Perdana Menteri..dia jual semua..termasuk dia kata Kristian boleh pakai kalimah Allah…kerana dia nak undi Kristian.
“Saya nak tanya kawan-kawan dalam PAS..termasuk saya tanya semalam..sebab itu dia menggigil sampai nak menyerang..saya tanya mereka, atas alasan apa..kamu bagi..kamu redha, setuju Kristian pakai kalimah Allah?” soalnya.
Selain itu, Zulkifli dalam ceramah di Taman Medan turut membangkitkan tentang ‘Amanat Hadi Awang 1982′ yang mengkafirkan umat Islam selain daripada penyokong PAS.
Kerana terpengaruh dengan amanat itu Ibrahim Libya sanggup bertempur dan mati dalam kes Memali.
“Tahun lepas, selepas 30 tahun peristiwa Memali..orang yang sama..Hadi Awang..setelah bersekongkol dengan pakatan luar tabie dengan Anwar..setelah bersekongkol dengan pakatan soangsang DAP..kerana nak undi daripada bukan Islam..Hadi Awang depan Muktamar Agung PAS..dia kata ‘Negara Islam tak ada dalam Al Quran’..yang ada Negara Kebajikan.
“Kalau Negara Islam tak ada dalam Al Quran..habis Ibrahim Libya ini mati apa,” soalnya.
Mai Pikiaq Pi: Jadi rakyat patut kaji dan fikir masak-masak siapa atau parti apa yang patut kita undi masa pilihan raya nanti.. Jangan sampai kita salah memilih pemimpin hanya kerana perkataan 'Islam' digunakan...

No comments:

Post a Comment