Nuffnang Ads

Friday, 22 June 2012

Isu Lynas: Bagi Pembangkang Auta Lebih Penting Daripada Fakta Pakar


Pakatan pembangkang telah terserlah dengan sikap mereka yang tidak akan mengambil peduli berkaitan apa jua keadaan asal saja matlamat mereka untuk mendapatkan kedudukan, kuasa dan pangkat menjadi kenyataan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron menganggap kedegilan anggota pembangkang yang terus mensensasikan isu berkaitan projek kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang biarpun laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berkaitannya telah dipersetujui oleh pakar nuklear termasuklah saintis daripada anggota mereka yang mendapati tahap radiasi projek kilang adalah rendah dan tidak berbahaya.
“Pembangkang ini akan terus memutar belit dan mereka-reka cerita tanpa mengambil kira pernyataan dan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh pakar berlandaskan fakta-fakta sains teknologi kerana apa yang penting bagi mereka adalah agenda politik mereka sendiri,” katanya.
Jelas beliau, pakatan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, Pas dan DAP akan menjadikan perkara tersebut sebagai bahan politik untuk dipropagandakan kepada rakyat biarpun ada di kalangan anggota mereka sendiri telah mengakui kebenaran laporan yang dibuat.
“Inilah yang dinamakan matlamat menghalalkan cara, iaitu mereka tidak peduli sama ada perkara itu benar atau tidak kerana apabila sejak awal mereka telah mengatakan ia salah maka ia akan tetap dianggap salah biarpun kebenaran adalah sebaliknya.
“Mereka tidak akan peduli dengan pendapat pihak lain walaupun yang memberikan hujah itu adalah golongan profesional yang pakar, arif dan bijak kerana apa yang mereka lihat adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa perkara tersebut adalah negatif,” katanya lagi.
Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, ini bukanlah kali pertama atau baru berulang sekali dua tetapi acapkali ada perkara yang dimanipulasikan maka mereka tidak akan menerima apa jua penjelasan.
“Kita lihat bagaimana mereka memperkatakan berkaitan haji yang minta ditangguhkan demi pilihan raya sedangkan pelbagai ulama dari peringkat antarabangsa telah memberikan pandangan yang menolak hujah tersebut tetapi mereka tetap berdegil dan mempertahankan apa yang mereka ucapkan.
“Dulu pakatan pembangkang khususnya Pas pernah menggesa kerajaan untuk menutup kilang arak tetapi apabila mereka menjadi kroni kepada golongan yang berkuasa tidak pula tindakan tersebut dibuat. Begitu juga dengan pelaksanaan negara Islam, hudud, kafir mengkafir dan macam-macam lagi.”
Tambahnya, apa yang diperkatakan oleh pakatan pembangkang menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa khususnya Lynas yang sebenarnya tidak ada isu untuk diperbincangkan.
“Gesaan, demonstrasi dan pelbagai manipulasi dibuat oleh pembangkang ibaratnya kita mahu membangunkan janakuasa nuklear sedangkan Lynas tidak membahayakan atau memberi kesan negatif kepada masyarakat.”
Sehubungan itu, beliau amat yakin bahawa rakyat dapat membezakan antara perkara yang berlaku dengan membuat penilaian secara matang berlandaskan kepada hujah dan fakta yang ada.
“Masyarakat kita bukannya bodoh untuk membezakan siapa yang bekerja atas dasar populis atau siapa yang berkhidmat demi kualiti dan pembangunan masa hadapan; rakyat kita bijak menilai siapa yang tidak bermoral, siapa yang derhaka kepada ibunya demi politik, siapa yang sanggup pergunakan agama kerana kuasa. Rakyat tahu,” tegasnya lagi. 
                            

Mai Pikiaq Pi: Apa yang kerajaan buat semuanya tak kena walaupun telah diberi penerangan.. itulah PAKATAN PEMBANGKANG!

No comments:

Post a Comment