Nuffnang Ads

Friday 8 June 2012

'RON95 lebih murah daripada RON97'

ISMAIL diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Komunikasi, Jaggarao Simamacha (kiri) ketika melawat gerai di Festival India Global ke-10 di Midvalley, semalam.
ISMAIL diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Komunikasi, Jaggarao Simamacha (kiri) ketika melawat gerai di Festival India Global ke-10 di Midvalley, semalam.
Harga petrol RON95 yang dijual RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 70 sen seliter lebih murah berbanding RON97 yang dijual RM2.80 seliter.
Pada dasarnya, harga petrol bagi kedua-dua jenis itu ketika ini lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM3.38 seliter bagi RON97 dan RM3.18 seliter bagi RON95 kerana kerajaan tidak mengenakan cukai jualan sebanyak 58 sen.
Serentak itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan bahawa RON97 kini berharga lebih murah berbanding RON95 tidak benar. 

“Kenyataan segelintir penulis blog bahawa RON97 kini lebih murah berbanding RON95 tidak tepat sama sekali kerana kiraan harga itu mereka dapati dengan menolak cukai jualan sebanyak 58 sen. 

“Harga pasaran RON97 berserta cukai jualan ialah RM3.38 seliter, manakala RON95 ialah RM3.18 seliter,” katanya selepas merasmikan pembukaan Festival India Global ke-10 di pusat beli belah Midvalley di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan beberapa penulis blog yang mendakwa harga RON97 kini lebih murah berbanding RON95, hingga mencetuskan ketidakpuasan hati orang ramai. 

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan tidak mengenakan cukai jualan bagi memastikan pengguna tidak dibebani dengan harga petrol yang tinggi. 

“Bukan saja tidak mengenakan cukai jualan, kerajaan menanggung pula subsidi sebanyak 70 sen bagi membolehkan RON95 dijual pada harga RM1.90 sen seliter. 

“Justeru, kita tetapkan peraturan bahawa kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran luar negara tidak dibenarkan membeli RON95. Keutamaan kita adalah keselesaan rakyat,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, rakyat diminta agar tidak terkeliru dengan kenyataan itu kerana harga RON97 bergantung sepenuhnya kepada harga minyak mentah di pasaran dunia. 

“Tidak bermakna apabila RON97 turun 10 sen, maka RON95 juga turun kerana kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 10 sen ini,” katanya. 

Sementara itu beliau berkata, eksport Malaysia ke India terus meningkat setiap tahun berikutan kewujudan pasaran baru muncul di rantau Asia Tenggara dan lambakan permintaan terhadap produk domestik. 

“Pada 2010, eksport keseluruhan ke India berjumlah RM20.9 bilion dan meningkat kepada RM28.9 bilion tahun lalu. 

“Kita menjangkakan ia akan terus melonjak pada tahun ini kerana untuk suku tahun pertama 2012, eksport ke India sudah mencecah RM6.1 bilion,” katanya.


Mai Pikiaq Pi: Rakyat masih mengharapkan RON95 bakal turun...

No comments:

Post a Comment