Nuffnang Ads

Wednesday, 6 June 2012

Projek Lebuhraya Kota Bahru–Kuala Krai, Tujuh Benda Ajaib Pas Menjelang Pilihan Raya


Isu kegagalan enam projek yang dicanangkan oleh Kerajaan Kelantan sejak 22 tahun pemerintahan Pas di negeri tersebut masih gagal dijawab oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Pas sehingga ke hari ini.
Apa yang jelas, projek-projek mega tersebut hanya mampu untuk dirasmikan, sama seperti upacara pecah tanah Lebuhraya Kota Bahru-Kuala Krai baru-baru ini, namun selepas itu senyap sunyi tanpa sebarang berita.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasim, semua janji-janji projek mega yang dilagukan oleh kerajaan Pas Kelantan itu hanya akan berkumandang setiap kali hampirnya pilihanraya.
“Ini semua janji-janji pilihan raya. Setiap kali nak pilihan raya, mereka akan berjanji itu dan ini. Enam projek mega yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dekat-dekat dengan pilihanraya.
“Lepas itu buat papan tanda besar-besar kononnya nak tunjuk pada rakyat, kerajaan sedang laksanakan projek besar. Kemudian, senyap sunyi tanpa berita. Apa pun tak jadi. Kerajaan Pas Kelantan hanya tahu nak cadang aja, tapi untuk melaksanakan mereka tak mampu,” begitulah tegas beliau di sini hari ini.
Jelasnya lagi, Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk melaksanakan ke semua projek yang mereka janjikan itu adalah disebabkan mereka tidak ada ilmu dalam pembangunan  dan kurang tenaga pakar.
“Janji-janji seperti ini saya anggap seperti janji palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Kelantan apabila menjelang saja pilihanraya. Mereka sebenarnya cuba nak tipu rakyat dan apabila segala projek yang dicadangkan mereka itu gagal dan menjadi isu, mereka segera alihkan perhatian rakyat dengan mencipta isu-isu lain, supaya rakyat lupa tentang isu janji mereka yang tidak tertunai itu.
“Itulah cara permainan politik Pas. Bagi saya, mereka tidak payahlah nak cerita tentang pembinaan lebuh raya sampai menelan kos berbillion ringgit. Selesaikanlah isu air ini dulu yang menjadi sumber kehidupan rakyat di Kelantan. Akibat permainan politik mereka yang separuh masak ini, rakyat Kelantan menjadi mangsa dan menderita, “ jelas beliau.
Tambahnya lagi, malah kerajaan Kelantan juga pada hari ini tidak mampu untuk menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negeri Kelantan.
“Macam mana pelabur hendak melabur, mahu uruskan air bersih yang dirawat untuk rakyat di negeri ini pun Kerajaan Kelantan Pas tidak mampu, apatah lagi mahu menyediakan infrastruktur untuk kemudahan pelabur asing," tegasnya sekali lagi.
Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat Kelantan membuka mata kerana sudah hampir 22 tahun rakyat Kelantan bawah pemerintahan Kerajaan Pas, dan hari ini sudah jelas bahawa, Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membawa perubahan baik dari sudut ekonomi, pembangunan terutamanya kemudahan-kemudahan asas dan awam untuk rakyat Kelantan.
“Mungkin pilihan raya kali ini menjadi medan terbaik untuk rakyat Kelantan mencuba memlilih Kerajaan BN mentadbir Kelantan. Rakyat Kelantan tidak akan rugi apa-apa kerana sekiranya mereka tetap memilih Pas, hidup mereka tetap akan seperti hari ini dan semalam.
“Namun sekiranya mereka memilih Kerajaan BN, InsyaAllah, segala kemudahan untuk rakyat baik dari sudut mana sekali pun akan diusahakan oleh kerajaan BN kerana sehingga ke hari ini, apabila pemimpin BN berjanji, janji itu akan ditepati,” akhir beliau. 

No comments:

Post a Comment