Nuffnang Ads

Wednesday, 6 June 2012

Biseksual: Dokumen Pembelaan Nalla Menggemparkan!


Bak kata Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, peguam Datuk S Nallakarupan, anak guamnya itu akan mengemukakan pembelaan justifikasi (pembelaan kebenaran) kerana beliau merupakan ‘horse’s mouth‘, iaitu satu sumber maklumat yang dianggap sebagai asal yang berada di mana-mana di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendedahan dokumen-dokumen pembelaannya telah mengemparkan dunia maya.
Selain perkara-perkara yang sudah diketahui sebelum ini, terdapat juga beberapa pendedahan baru yang tidak pernah disebut sebelum ini.
“Kenyataan pembelaan Nallakaruppan terhadap moral dan buruk laku Anwar Ibrahim sangat memeranjatkan. Yang memeranjatkan ialah Shamsidar didakwa pernah ‘dikerjakan’ oleh Anwar Ibrahim tatkala Azmin Ali dan Wan Azizah turut berada di ibukota England itu!,” kata Dr Novandri.
Cetusankenyalang tertarik dengan kenyataan pembelaan yang berbunyi “Dalam satu kejadian Nalla dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa”.
Menurut blogger dari Sarawak itu, kenyataan Nalla itu menguatkan lagi rasa ingin tahu tentang rakaman aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit itu.
Medan Info Kita (MIK) tertarik dengan penghujahan Nalla tentang Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun.
Kenyataan pembelaan itu menyebut; “Dalam satu kejadian, Nalla secara tidak sengaja dapat melihat Anwar melakukan hubungan seks dengan Ismail ketika membuka pintu di Tivoli Villa, Padang Tennis Bangsar”.
Difahamkan, ketika itu, Nalla juga turut memberi kerja di Magnum Corporation kepada Ismail apabila lelaki itu mengeluh tiada pekerjaan tetap.
MIK turut menyertakan rakaman video pengakuan Ismail yang sudah bertebaran sejak tahun 1999 itu.
Selain itu, beberapa blog lain seperti azlishukrimulutmelayu-realitipemikirpolitikjerantut juga turut teruja dengan pembelaan Nalla tersebut.
Dalam dokumen itu, Nalla turut mendedahkan pengalamannya tentang seorang lelaki bernama Rashid, seorang rakan Anwar yang dikenali ketika sama-sama menghuni di Penjara Sungai Buloh.
Dalam satu kejadian selepas Anwar balik berubat sakit tulang belakang dari Munich pada tahun 2004, Nalla mendakwa pernah melihat Anwar bersama Rashid di satu bilik di rumah kediaman peribadinya, di No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Menurutnya, hubungan Anwar-Rashid telah sampai ke pengetahuan Mohamed Ezam Mohd Nor yang menjadi Ketua AMK PKR ketika itu.
Ezam kemudiannya membuat keputusan meninggalkan PKR selepas kejadian tersebut.




















No comments:

Post a Comment